Selamat siang Bapak/ Ibu, Saya berasal dari Singapura, dan penggunaan Bahasa Melayu di sini mungkin sedikit berbeza dengan di Malaysia. Saya mahu bertanya cara yang benar ejaan "makcik". Di mana Nasihat DBP menyatakan bahawa ejaan yang benar ialah "mak cik" degna menggunakan spasi. Di Singapure, perkataan ini umum di gunakan, dengan bermakna "emak kecil", di mana "kecil" di sebut dengan "kecik". Dan bukan "emak encik". Sila rujuk : 1955 R.J. Wilkinson A Malay–English Dictionary, vol. 1, 225 ( http://www.mysmu.edu/faculty/jacklee/singlish_M.htm ) Ini saya percaya berlatar-belakangkan istliah "bulek" untuk orang keturunan Jawa yang di singkatkan dr "ibu cilik". Oleh kerana DBP Malaysia adalah sumber rujukan perusahaan kami, maka saya mahu bertanya soalan seperti berikut: 1. Bagaimanakah ejaan perkataan "makcik/ mak cik" ini kalo di gandakan? Adakah mak cik-mak cik/ makcik-makcik/ mak cik makcik? 2. Kalau di gabung dengan "ku", bagaimana pula? mak cikku/ makcikku/ mak cik ku? 3. Begitu juga dengan perkataan "pakcik". Sekian saja, salam hormat dan terima kasih saya. Ahmad Shah | Ejaan yang betul ialah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik. Sedikit penjelasan berhubung jawapan kami sebelum ini. Gelaran mak cik dan pak cik lazimnya merujuk ibu saudara dan bapa saudara. Walau bagaimanapun gelaran ini juga diberikan kepada orang yang lebih tua. | Ejaan | 11.03.2020 |
1. Anak bapa atau anak bapak? Mana satu betul? 2. Maksud anak bapa ialah mempunyai hubungan yang baik dengan bapa atau orang yang berani? Terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat maklumat mengenai perkataan "anak bapa" atau anak bapak" dalam pangkalan data istilah dan kamus terbitan DBP. Istilah yang ada ialah perhubungan anak-bapa yang merupakan padanan bahasa Melayu untuk "father-son relationship". | Istilah | 22.09.2016 |
Salam Sejahtera. 1. Bagaimanakah cara yang betul untuk menulis sinkope 'tu', 'ni', 'kan', 'nak'? 2. Ada editor yang meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan = 'kan. Apakah fungsi (') 3. Perlukah juga meletakkan tanda (') pada singkatan cu = cucu, nak = anak, pak = bapak? Terima kasih | Salam sejahtera, 1. Untuk singkatan tu, ni, kan dan nak = singkatan tersebut sudah betul. Untuk kan, hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna. 2. Editor tidak meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan. 3. Tidak perlu meletakkan (') pada kependekan cucu, anak dan bapak. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Tatabahasa | 23.09.2015 |
Salam sejahtera, Saya ingin lebih memahami, apakah kriteria sesuatu perkataan dapat tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus. Kerana saya lihat ada beberapa pertkataan yang tidak saya duga di klasifikan sebagai bahasa pasar (bp), tetapi ternyata sebaliknya. Contoh sepert: "ujan" "bapak" dll yg mana begitulah perkataannya di ucapkan dalam ranah tidak rasmi, dengan penghilangan "h" pada "hujan" dan penambahan "k" pada "bapa". Manakala perkataan seperti berikut tidak tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus: "paham", "pikir", "bawak", "pulak","utang" Dan saya pasti masih ada banyak perkataan lainnya. Dengan jawapannya, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah | Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing. Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus.
| Tatabahasa | 07.04.2020 |
Saya pelajar Universiti Utara Malaysia. Saya telah mengikuti VIVA untuk Ph.D, tetapi harus memperbaiki desertasi/thesis saya karena buruknya penguasaan Bahasa Malaysia. Saya mohon informasi bagaimana mendapatkan software untuk translate (?) dan kamus Bahasa Malaysia-Indonesia atau Malaysia-Inggris untuk memperbaiki desertasi/thesis saya. Atas perhatian dan bantuan Bapak, saya haturkan banyak terima kasih. | Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menggunakan sebarang perisian untuk terjemahan. Saudara digalakkan merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk tujuan tersebut. Saudara juga boleh berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk mendapatkan bantuan. | Lain-lain | 26.12.2009 |
Mohon nyatakan sama ada berikut ialah pepatah ataupun bukan. "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit". Terima kasih. | Saudari, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pepatah bermaksud peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya, pepatah sama seperti bidalan dan perbilangan. Contoh pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat, cubit paha kiri, paha kanan sakit begitu juga dengan ditelan mati emak, diluah mati bapak dan Kalah jadi abu, menang jadi arang. Oleh itu, "Kesihatan adalah harta dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit" lebih kepada frasa dan bukan tergolong dalam kategori pepatah. | Tatabahasa | 08.08.2012 |
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih. | Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah. Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan. Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. (Maksud lapis pertama jelas. Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan. Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat. Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalah jadi abu, menang jadi arang. | Sastera | 16.02.2011 |