Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapanya

Puisi
 

Saya malas berumah tinggi,
     Dinding berlekuk tiang bertarah;
Saya malas beranak tiri,
     Katuk sikit bapanya marah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(10)

183

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat Majmuk Gabungan digabungkan menggunakan kata hubung "dan". Contohnya, Ali dan bapanya mencuci kereta. Adakah ayat berikut diambil kira sebagai ayat majmuk gabungan juga? Kenapa? Ali mencuci kereta bersama bapanya. Ali mencuci kereta dengan bapanya. Terima kasih.
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Bagi ayat di atas, ayat yang digabungkan adalah seperti yang berikut:

1. Ali mencuci kereta.
2. Bapanya mencuci kereta.

Ayat majmuk gabungan: Ali dan bapanya mencuci kereta.
Tatabahasa30.05.2022
Salam sejahtera, Adakah terdapat kesalahan dalam ayat berikut: Bapanya masih akan mengirimkan wang untuknya. Saya tidak pasti adakah perkataan "masih" dan "akan" boleh digandingkan bersama-sama. Mohon penjelasan. Bantuan tuan/puan amat dihargaiPenggunaan yang betul ialah bapanya masih mengirimkan wang untuknya dan bapanya akan mengirimkan wang untuknya. Ayat pertama menggunakan kata bantu (masih) dan ayat kedua menggunakan kata sendi nama (akan).Tatabahasa27.06.2016
Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali __________ . kenapa jawapanya ialah bongkar-bangkir? dan bukanya kelam-kabut?Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, kehidupan Ali bongkar-bangkir/kelam-kabut. Merujuk Kamus Dewan kedua-duanya betul kerana bongkar-bangkir dan kelam-kabut bermaksud kacau-bilau.Tatabahasa15.08.2008
Ayat manakah yang betul antara berikut? 1. Abu meminta maaf kepada ibu bapanya. 2. Abu meminta maaf daripada ibu bapanya. Bolehkah saya tahu mengapa ayat itu betul atau salah dan apakah perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut? Terima kasih :)Kedua-dua ayat ini betul. Dalam ayat pertama, kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan sasaran (perbuatan meminta) yang merujuk manusia. Dalam ayat kedua pula, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia.Tatabahasa12.02.2018
Adib tidak mengirim berita sudah lama kepada ibu bapanya di kampung. Boleh terima atau tidak ayat ini dan apa alasannya. TkAyat yang betul ialah "Adib sudah lama tidak mengirimkan berita kepada ibu bapanya di kampung."

Kata bantu hanya hadir sebelum frasa kerja, farsa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.
Tatabahasa30.07.2013
Dia sudah agak dewasa tetapi hidupnya masih bergantung kepada ibu bapanya. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat ini ??Ayat yang betul ialah "Dia sudah dewasa tetapi masih bergantung hidup kepada ibu bapanya."Tatabahasa16.07.2013
Kasih sayang Aiman _______________ ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun setelah dia bergelar seorang penyanyi terkenal. Apakah kata sendi nama yang sesuai?Kasih sayang Aiman kepada/akan/terhadap ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun setelah dia bergelar seorang penyanyi terkenal. Jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk pada skema jawapan yang disediakan atau pihak penyedia soalan.Tatabahasa17.08.2018
Apakah kata ganti nama kedua yang sesuai digunakan seorang anak kepada ibu bapanya semasa bercakap?

Dalam budaya Melayu tidak ada kata ganti nama kedua yang digunakan oleh seorang anak apabila bercakap dengan ibu bapanya. Panggilan yang biasa digunakan ialah ibu dan ayah.

Lain-lain06.05.2023
Tuan , saya ingin tahu manakah penyataan yang betul untuk ayat-ayat di bawah I Anak itu menyangka orang itu bapanya. II Adik menamai kucing itu Si Belang. i)Ayat di atas mengandungi dua objek. ii) Frasa (bapanya dan Si Belang) ialah penerang. iii) Kedua-dua ayat di atas dapat dipasifkan. iv) Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja tak transitif. Mohon penjelasan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.1. Ayat tersebut masing-masing mengandungi satu objek.
2. Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja transitif.
Tatabahasa08.05.2013
Adakah ayat-ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa? 1. Kedua ibu bapanya sudah makan. 2. Peluang bertemu semula gurunya amat nipis. Apakah prosedur meletakkan tanda sempang dalam kata ganda? 1. Anak-anak 2. Adik beradik 3.1. Kedua-dua ibu bapanya sudah makan. 2. Peluang bertemu dengan gurunya semula amat tipis. Tanda sempang digunakan untuk menyambungkan unsur-unsur kata ulang, cth. anak-anak, gotong-royong, adik-beradik.Tatabahasa22.03.2008
12345678

Kembali ke atas