Terjemahan yang mana adalah betul untuk 'Toolbar'; "Bar alat" atau "Bar Alat"? Huruf "a" dalam perkataan "alat" perlu ditulis menggunakan huruf besar atau huruf kecil? Adakah perkataan 'Bar alat / Bar Alat' ini termasuk dalam kategori ayat majmuk? | Merujuk pangkalan data DBP, dalam bidang teknologi maklumat padanan "Toolbar" ialah "bar alat" dan bukan kata majmuk. "Bar alat" boleh dieja "Bar alat" jika pada awal ayat, "bar alat" jika dalam ayat, dan boleh "Bar Alat" jika nama khas contohnya meletakkan nama pada label. | Istilah | 28.01.2014 |
Bagaimana saya nak terjemahkan perkataan ini, GRAB BAR yang merujukm kepada batang besi yang di pasangkan pada dinding untuk membantu orang yang sakit atau lemah berjalan sambil berpaut atau berpegang padanya. | Kami mencadangkan "grab bar" diterjemahkan sebagai "bar cekau", "bar genggam" atau "bar cengkam", bergantung kepada bentuk bar, batang besi atau palang tersebut serta konteks dan konsep penggunaannya. | Istilah | 14.07.2020 |
Tuan/Puan, Apakah terjemahan sebenar untuk gold cast bar? Bolehkah diterjemahkan sebagai bar kas emas? Harap mendapat maklum balas secepat mungkin daripada pihak tuan/puan. Terima kasih. | "Gold cast bar" boleh diterjemahkan sebagai bar kas emas. | Makna | 18.10.2018 |
Salam. Mohon penjelasan berkaitan padanan perkataan "monkey bar" dalam BM. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "monkey bar" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah bar gayut. | Istilah | 25.02.2016 |
Saya ada soalan. Apa maksud perkataan-perkataan di bawah. 1. Listing 2. Listed price 3. Island (Perabot) 4. Breakfast bar 5. Fixer upper 6. Self-levelling 7. Mounted sink Terima kasih. | Maksud terjemahan di bawah ialah: 1. Listing - senarai 2. Listed price - harga daftar 3. Island (Perabot) - kabinet dapur berkonsep pulau 4. Breakfast bar - Bar sarapan pagi 5. Fixer upper - Pengubahsuai 6. Self-levelling - Aras Sendiri 7. Mounted sink - Sinki lekap atau sangkut | Makna | 07.03.2017 |
Tuan, apakah padanan dalam Bahasa Malaysia yang betul bagi perkataan "Search" dalam konteks Internet? Cth, "Search bar". Terima Kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk search ialah gelintar. Oleh itu, padanan bahasa Melayu untuk search bar ialah bar gelintar. | Istilah | 24.09.2012 |
APAKAH PENJODOH BILANGAN UNTUK COKLAT? SEPAPAN COKLAT TRANSLATION FROM A BAR OF CHOCOLATE | Penjodoh bilangan bagi "a bar of chocolate" ialah sekeping coklat. | Lain-lain | 05.12.2009 |
Assalamualaikum Tuan, Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah-istilah komputer seperti yang berikut: 1. Toolbox 2. Menu bar | Belum ada lagi dalam data kami bagi istilah Toolbox . Cadangan kami yang sesuai bagi Tool-box ialah kotak peralatan, manakala istilah menu bar ialah bar menu (Objek grafik yang wujud pada paparan antara muka grafik pengguna) | Istilah | 15.11.2019 |
Tepatkah jika "barcode" (yang ada pada sesuatu barangan untuk memudahkan penjualan) diterjemahkan sebagai "kod bar"? | Terjemahan yang betul ialah kod bar. | Istilah | 23.03.2008 |
Pihak kami adalah didalam proses untuk permohonana lesen premis makanan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara. Salah satu keperluan adalah meminta kebenaran dan kelulusan dari DBP mengenai penggunaan perkataan "BAR CAFE " untuk papan iklan perniagaan dan dan juga nama perniagaan. BAR CAFE ialah sebuah cafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian kerja. Dihidangkan juadah kek dan pasrty, teh, ayam"pansoh", panggang dan perlbagai minuman lain . Kebenaran dan kelulusan penggunaan nama " BAR CAFE" tersebut amatlah dihargai. | Terima kasih atas soalan saudara. Perkataan yang sepatutnya ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56" | Lain-lain | 11.11.2008 |