yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? | Yang betul ialah sebahagian daripada barang-barang keperluan. Daripada di sini sebagai berfungsi sebagai kata sendi nama. | Tatabahasa | 28.02.2007 |
Yang manakah betul? 1. Polis berjaya menemui barang-barang penyeludupan. 2. Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan. | Ayat yang betul ialah Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan. | Tatabahasa | 29.01.2016 |
1.yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? 2. yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahun | Ayat yang betul ialah "Sebahagian daripada barang-barang keperluan". Kata sendi nama 'daripada' dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan atau perbandingan. 2. Ayat yang betul ialah 'dalam usia belasan tahun' kerana 'pada' hanya merujuk masa dan tempat. | Tatabahasa | 22.03.2007 |
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya. | Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Tuan/Puan: 1.“Pameran barang-barang ____________akan diadakan di Muzium Negara pada bulan hadapan. A. kuno B. antik C. buruk D.usang” Jawapan yang diberi ialah B. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan maksud dan penggunaan “kuno” dan “antik”? 2.”Kamal memperoleh markah tertinggi dalam kelasnya.” Adakah ayat tersebut betul? Terima kasih. | 1. Jawapan yang lebih tepat ialah antik. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua kuno bermaksud sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama dan tidak moden; kolot (berkenaan adat, fahaman dan lain-lain). Manakala antik bermaksud barang-barang sepertiperabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang dihasilkan pada zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya. 2. Ayat yang tepat ialah Kamal memperoleh markah tertinggi di dalam kelasnya. | Tatabahasa | 27.12.2016 |
Barang-barang elektrik buatan tempatan memang setanding dengan barang-barang elektrik yang diimport dari negara-negara lain, khususnya dari Jepun. munsyi, setanding dengan, saya dimaklumkan selepas imbuhan se-, tidak sesuai diikuti oleh dengan, betulkah? | Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan se- yang diikuti dengan kata adjektif tidak diikuti oleh 'dengan'. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan perkataan 'sama'. Contohnya sebesar boleh menjadi sama besar. Contoh ayat, Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. Dalam konteks ayat yang diberikan, 'tanding' merupakan kata nama. Oleh itu, ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Adakah ayat ni betul? Puan izzah menyimpan koleksi barang-barang hiasannya di dalam almari kaca. koleksi barang- barang hiasannya. | Ayat yang betul : Puan Izzah menyimpan koleksi barang hiasannya di dalam almari kaca. | Tatabahasa | 01.07.2015 |
Maksud Perlesenan, Import, Eksport dan Enterport di dalam perniagaan | Pelesenan ialah urusan memberi lesen atau meluluskan lesen; import ialah pemasukan barang-barang dari luar negara; eksport ialah penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara; entrepot ialah pusat perdagangan, biasanya pelabuhan yang mengendalikan urusan import dan eksport semula barang-barang. | Makna | 27.02.2008 |
Habis barang-barang di pasar raya itu musnah dalam kecurian malam tadi. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini ?? | Ayat yang betul ialah "Barang-barang di pasar raya itu habis dicuri pada malam tadi." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Pekerja memunggah barang-barang ke dalam lori. Bolehkah saya menggunakan perkataan "memunggah" dalam ayat ini? | Memunggah bermaksud menurunkan (muatan kapal dan lain-lain). Oleh itu memunggahtidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, yang betul ialah memuat - pekerja memuat barang-barang ke dalam lori. | Tatabahasa | 03.04.2009 |