Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ra.ngan] | بارڠن

Definisi : (Eko) benda atau perkhidmatan yg dijualbelikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ra.ngan] | بارڠن

Definisi : ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berbagai-bagai jenis barangan dijual di pasaraya itu. adakah berbagai-bagai barangan atau berjenis-jenis barangan juga betul digunakan ? terima kasihBoleh digunakan.Tatabahasa13.04.2010
STOR SIMPANAN BARANGAN ATAU STOR PENYIMPANAN BARANGANPerkataan "STOR" sahaja sudah memadai kerana "stor" bermaksud tempat menyimpan barang. Istilah11.02.2015
"Kempen Memboikot Barangan Amerika" atau "Kempen Boikot Barangan Amerika"?Jawapan yang betul ialah Kempen Memboikot Barangan Amerika.Tatabahasa26.06.2011
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi KEDAI MENJUAL BARANGAN PLASTIKKEDAI BARANGAN PLASTIK dalam tulisan jawi:  کداي بارڠن ڤلستيکEjaan14.12.2019
a)Barangan buatan Malaysia murah tetapi cantik dan disukai ramai. b)Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Ayat mana betul?Ayat yang gramatis ialah Barangan buatan Malaysia bukan sahaja murah, malahan cantik dan disukai ramai.Tatabahasa21.08.2015
Bagaimana kita hendak gunakan ayat yang betul untuk menunjukkan seorang penjual sedang meneriakkan barangan jualannya? Adakah seperti berikut? Kalau salah tolong perbetulkan: 1) Abu meneriakkan barangan jualannya untuk menarik perhatian pelanggan. (jika barangan yang dijualnya ialah sayur, bagaimana pula hendak buat ayat yang betul) 2) a) Abu memetik gitar. b) Abu bermain gitar. Mana satu betul? 3) Yang mana satu betul, mengapa: a) pelbagai jenis kuih-muih b) pelbagai kuih-muih c) pelbagai jenis kuih1. Ayat pertama betul.
2. Abu memetik gitar.
3. Frasa yang betul pelbagai kuih kerana pelbagai bermaksud beberapa jenis.
Tatabahasa10.07.2012
1. Hanya kakak yang akan meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. 2. Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. Ayat yang manakah gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1".Tatabahasa15.08.2013
Jualan Barangan- Jenama TerkenalSila layari iklan/pelanggan/login.aspx">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk semakan ejaan dan pengesahan bahasa.Lain-lain13.09.2016
PEMBORONG BARANGAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PERALATAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PAIP AIRPEMBORONG PAIP AIRLain-lain18.01.2011
Kedai barangan buatan tanganKedai barangan buatan tanganTatabahasa14.01.2008
12345678910...

Kembali ke atas