Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rang.ka.li] | بارڠکالي

Definisi : boleh jadi, mungkin, mudah-mudahan: ~ betul kata engkau itu;kebarangkalian (Mat) pengukuran kemungkinan berlakunya sesuatu (perkara, hal) dinyatakan sama ada dlm bentuk pecahan atau peratusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rang.ka.li] | بارڠکالي

Definisi : belum tentu lagi benar tidaknya; boleh jadi: ~ ada orang yg bermain-main di tempat larangan itu. kebarangkalian 1 kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb. 2 ist pengukuran kemungkinan berlaku sesuatu perkara, hal dsb yg dinyatakan dlm bentuk pecahan atau peratusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barangkali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. a. Barangkali b. sering kali acap kali kerap kali Mengapa bentuk pengejaan antara a dengan b berbeza? Mengapa a tidak dieja mengikut rumus kata majmuk. Bukankah pelbagai rumus yang berbeza akan menambahkan lagi kekeliruan pengguna bahasa MelayuDalam hal ini tiada rumus yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja perkataan, kecuali merujuk kamus. Sebahagian kecil perkataan dianggap kekecualian dalam bahasa Melayu dan tidak dieja mengikut rumus tertentu. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Ejaan10.05.2012
Saya pernah mendengar bahawa frasa "mungkin barangkali" tidak wajar digunakan secara berturutan dan dianggap lewah. Boleh pihak DBP menjelaskan dengan lebih terperinci? Hal ini demikian kerana saya tidak bertemu jawapan yang tepat apabila membuat pencarian di internet. Contoh ayat: Mungkin barangkali dia akan tiba esok. Terima kasih.Antara maksud kata 'barangkali' ialah mungkin. Penggunaan yang betul ialah 'Mungkin dia akan tiba esok' atau  'Barangkali dia akan tiba esok'. Penggunaan yang bertururtan menjadikan ayat tersebut tidak gramatis.Tatabahasa10.12.2010
Yang manakah ejaan betul: a. barang kali/ barangkali b. kerap kali/kerapkali c. sering kali/ seringkali d. acap kali/acapkaliEjaan yang betul ialah barangkali, kerap kali, sering kali dan acap kali.Ejaan06.05.2012
Mengapa dalam kalangan masyarakat kita gemar mengeja Ramadhan berbanding Ramadan ?

Tuan,

Barangkali banyak sebab yang mendorong masyarakat kita mengekalkan ejaan "Ramadhan" berbanding yang diterima pakai hari ini iaitu "Ramadan".

1. Faktor tidak tahu. Mereka beranggapan bahawa ejaan 'Ramadhan' yang paling standard disebabkan oleh pengaruh atau terbiasa dengan ejaan lama.

2. Faktor buat-buat tidak tahu. Mereka terdiri daripada golongan yang mahu padanan huruf 'dod' kekal ditransliterasikan sebagai 'dh' atas alasan mengeja kata serapan Arab. Biasanya golongan berlatarbelakangkan agama.

 

Penyelidikan05.09.2010
2. Sarina ___menghadapi sesuatu masalah, sebab itulah wajahnya mrung sahaja. A masih B pernah C sudah D barangkali munsyi, jawaban ialah D, adakah munsyi sependapat dengan saya bahawa A juga sesuai? apakah jawaban yang paling tepat dalam konteks ini? TQPada pandangan kami, jawapan yang lebih tepat untuk ayat tersebut ialah masih.Tatabahasa11.03.2012
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ?Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74).Tatabahasa09.04.2010
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan..Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkaliMakna27.11.2008
Selamat Sejahtera, 1. Saya mempunyai kemusykilan untuk mengetahui golongan kata 'nya' yang bergabung dengan perkataan 'misalnya' dan 'contohnya'. Adakah 'nya' dalam perkataan tersebut dikategorikan sebagai kata pascakata yang berfungsi sebagai penekan atau pembenda? 2. Boleh jelaskan juga apakah sebenarnya golongan kata untuk perkataan 'misal', 'contoh' dan 'barangkali.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain bertindak sebagai kata ganti nama diri orang ketiga 'nya' juga bertindak sebagai kata pembenda/penekan. 

"Misal" dan "contoh" terdiri daripada kata nama, manakala "barangkali" terdiri daripada kata tugas.
Istilah01.08.2013
saya mohon penyejasan untuk perkataan provokasi dan retorik dan sedikit contoh ayat yang sesuai untuk dua perkataan itu dan satu lagi dimana saya dapat mencari sejarah bahasa melayu kerana saya tertarik dalam pidatio antarabangsaProvokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan atau minat.Contoh ayat : Barangkali kamu dipukul kerana kamu memprovokasinya. Provokasi juga dikaitkan dengan membangkitkan, menimbulkan atau mencetuskan. Contoh : Biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk memprovokasi pemikiran. Retorik pula bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertutura. Retorik juga merupakan seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. Bagi membantu saudara mendapatkan sejarah bahasa melayu, saudara boleh membuat rujukan pada buku Perancangan Bahasa Melayu, Tatabahasa Dewan atau Buku Susur Galur Bahasa Melayu.Makna22.04.2007
berminat mendalami bidang penulisan novel/cerpen/skrip drama secara serius, bagaimana saya ingin mendapatkan bimbingan secara online?atau perlu ke bengkel?untuk pengetahuan saya kini bergiat aktif dalam bidang penulisan novel/cerpen tetapi kualiti sentuhan tangan saya itu masih lagi diperingkat 'beginner' kemungkinan cara penggunaan bahasa/kosa kata yang kurang sesuai atau kurangnya ayat-ayat puitis barangkali...apakah tips terbaik untuk menjadi seorang penulis berjaya terima kasih zera

Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, tuan/puan perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya tuan/puan perlu menulis dan terus menulis.

Lain-lain04.10.2010
123

Kembali ke atas