Yang mana satukah betul setelah diterjemah? West Luzon -> Luzon Barat/ Barat Luzon Northern Sumatra-Andaman-> Utara Sumatra-Andaman / Sumatra-Andaman Utara | Salam sejahtera, Tuan, West Luzon diterjemahkan sebagai Luzon Barat Northen Sumatra-Andaman diterjemahkan sebagai Sumatra-Andaman Utara Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.08.2017 |
negara barat dan negara Barat. Perlukah Barat ditulis huruf besar untuk melambangkan nama khas? | Nama khas dieja dengan huruf besar bagi huruf pertamanya. Oleh itu, perkataan barat sekiranya digunakan sebagai nama khas maka huruf pertamanya hendaklah dieja dengan huruf besar, tetapi dalam konteks penggunaan umum huruf pertamanya dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 12.04.2009 |
tuan, ala-Barat atau ala barat? TQ | Ejaan yang betul ialah ala Barat | Ejaan | 24.01.2012 |
Yang manakah betul? masakan Barat atau masakan barat? | Ejaan yang betul ialah masakan barat. | Tatabahasa | 28.11.2013 |
Perkataan `barat’ dan `timur’ ialah kata nama am sebagai penunjuk arah atau lokasi. Bagaimanapun sering saya temui tulisan dalam artikel, jurnal dan berita, huruf `B’ dan `T’ ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: 1. Pemerintah di Timur dan Barat menganggap … 2. Pandangan sarjana Barat tentang fenomena ini agak … 3. Masyarakat Barat sering melihat masyarakat Timur sebagai bangsa yang … Mohon dijelaskan, apakah alasannya? Tidak bolehkah huruf `T’ dan `B’ itu ditulis menggunakan huruf kecil `t’ dan `b’ atas sifatnya bukan nama khas tetapi nama am. Apakah panduan yang boleh diguna pakai dalam hal ini. Sekian, terima kasih. | Merujuk kepada soalan tuan, setelah membuat tinjauan entri kamus dapatlah dirumuskan seperti berikut: 1. Jika merujuk kepada arah mata angin: utara, selatan, timur, barat dan lain-lain ialah kata nama nama (huruf kecil) contoh: dikir barat, angin timur laut, selatan Semenanjung dan utara Semenanjung. 2. Jika merujuk tempat atau kawasan yang sudah diwartakan, jelas itu kata nama khas (huruf besar). Contoh: Malaysia Barat, Malaysia Timur, Asia Tenggara, Hemisfera Barat, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, Dasar Pandang ke Timur dan lain-lain lagi. Kesimpulannya huruf besar dan huruf kecil adalah betul bergantung pada konteks makna yang diingini. Bagi ayat 1,2 dan 3 di atas merujuk kawasan geografi secara umum, justeru huruf kecil t (timur) dan b (barat) mesti digunakan (sarjana barat, sarjana timur, masyarakat barat, masyarakat timur) Oleh itu, Alasan yang kukuh untuk menentukan jenis huruf ialah aspek konteks/semantik yang ingin dinyatakan oleh penulis. | Ejaan | 16.01.2018 |
'budaya Barat' perlukah perkatan barat itu dihurufbesarkan? | Dieja dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 11.03.2009 |
Penggunaan Title Case di dalam ayat contohnya, Tragedi tsunami yang berlaku di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengorbankan banyak nyawa. Adakah Pantai Barat Semenanjung itu menggunakan Title Case jika digunakan di dalam ayat? | Jawapan yang diperlukan oleh saudara ialah Pantai Barat Semenanjung. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 19.12.2006 |
apakah ada perbezaan antara ucapan berdasarkan waktu ada perbezaan (contohnya selamat malam) antara malaysia dengan negara barat? mohon penjelasan. | Encik Ahmad Sabri, Memang terdapat perbezaan waktu antara negara barat dengan Malaysia. Ada waktu di Malaysia baru pukul 8 pagi sedangkan di negara barat waktunya mungkin pukul 8 malam. | Lain-lain | 04.10.2010 |
Apakah terjemahan bahasa Inggeris untuk aktiviti 'dikir barat'? | Untuk makluman, dikir barat merupakan kata nama khas yang tidak boleh diterjemahkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.11.2017 |
Assalamualaikum 1. Apakah perbezaan makna afektif, emosi dan perasaan? 2. Apakah konteks ayat/situasi yang tepat untuk penggunaan ketiga-tiga perkataan tersebut? 3. Adakah huruf b pada kata barat yang merujuk lokasi negara barat perlu ditulis huruf besar? Manakala barat yang merujuk arah mata angin ditulis huruf kecil? 4. Adakah betul istilah ini dalam bahasa Melayu: a. Kereaktifan positif bagi merujuk istilah extraversion/surgency? b. Afektif negatif bagi merujuk istilah negative affect? c. Pengawalseliaan bagi merujuk istilah effortful control? 5. Apakah yang dimaksudkan dengan temperamen (temperament)? Terima kasih | Puan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari. Selain itu, puan boleh melayari Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) yang terdapat dalam Laman Web DBP dan membuat semakan judul atau subjek bahan yang diperlukan. Sekiranya ada bahan yang boleh membantu, puan boleh mendaftar di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Podium Menara DBP sebagai ahli Rakan Dewan. Setelah mendaftar puan boleh membuat rujukan bahan-bahan yang diperlukan. Kadar yuran keahlian ialah RM30 untuk setahun, RM30 untuk 2 tahun dan RM35 untuk keahlian 3 tahun. Waktu perkhidmatan ialah setiap hari Isnin - Khamis (8.30 pagi - 4.45 petang) dan pada hari Jumaat (8.30 pagi - 12.00 tengahari/2.45 petang - 4.45 petang). Terima kasih kerana berhubung dengan kami. | Sastera | 30.05.2017 |