Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rat.ba.rat] | بارت ٢

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Alutera spp.; b) Monocanthus spp.; c) Triacanthus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barat-barat

Puisi
 

Anak rusa lari ke barat,
     Sampai di barat makan ubi;
Sementara gila belum melarat,
     Carilah bomoh untuk mengubati.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Timur beralih ke sebelah barat.

Bermaksud :

Lelaki menurut perintah perempuan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
negara barat dan negara Barat. Perlukah Barat ditulis huruf besar untuk melambangkan nama khas?Nama khas dieja dengan huruf besar bagi huruf pertamanya. Oleh itu, perkataan barat sekiranya digunakan sebagai  nama khas maka huruf pertamanya hendaklah dieja dengan huruf besar, tetapi dalam konteks penggunaan umum huruf pertamanya dieja dengan huruf kecil.   Ejaan12.04.2009
tuan, ala-Barat atau ala barat? TQEjaan yang betul ialah ala BaratEjaan24.01.2012
Yang manakah betul? masakan Barat atau masakan barat?Ejaan yang betul ialah masakan barat.Tatabahasa28.11.2013
'budaya Barat' perlukah perkatan barat itu dihurufbesarkan?

Dieja dengan huruf kecil.

Tatabahasa11.03.2009
Penggunaan Title Case di dalam ayat contohnya, Tragedi tsunami yang berlaku di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengorbankan banyak nyawa. Adakah Pantai Barat Semenanjung itu menggunakan Title Case jika digunakan di dalam ayat?Jawapan yang diperlukan oleh saudara ialah Pantai Barat Semenanjung. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain19.12.2006
apakah ada perbezaan antara ucapan berdasarkan waktu ada perbezaan (contohnya selamat malam) antara malaysia dengan negara barat? mohon penjelasan.

Encik Ahmad Sabri,

Memang terdapat perbezaan waktu antara negara barat dengan Malaysia. Ada waktu di Malaysia baru pukul 8 pagi sedangkan di negara barat waktunya mungkin pukul 8 malam.

Lain-lain04.10.2010
Ketika nelayan Kampung "Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan?Ayat ini betul cuma buang tanda pengikat katanya menjadi Ketika nelayan Kampung Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat. Tatabahasa08.08.2011
adakah tajuk ini betul "Kajian imej dan persepsi masyarakat Islam di Sabah terhadap imej dan kewibawaan mahkamah syariah di Sabah; kajian di Zon Pantai barat Sabah

Cadangan:

Mahkamah Syariah di Sabah: Kajian Imej dan Persepsi Masyarakat di Zon Pantai Barat.

Lain-lain27.11.2008
saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan yang bertajuk 'Implikasi penjajahan media massa barat terhadap bahasa melayu' saya harap pihak DBP dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi saya menyediakan tugasan ini. sekian, terima kasih.

Kalau saudari masih ingat semasa saudari melayari laman ini, saudari pasti akan terbaca kenyataan berikut di awal paparan: 

KNB membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa
Bagi tujuan tugasan kuliah, saudari perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, atau perpustakaan yang berdekatan.
Lain-lain06.09.2009
Saya dan beberapa pensyarah Jabatan Perubatan PPUKM ingin mengadaptasikan satu ujian neuropsikologi yg digunakan di negara Barat untuk kegunaan masyarakat Malaysia. Dalam ujian tersebut, pesakit akan diminta untuk menamakan sebanyak mungkin perkataan yang bermula dari huruf "F", "A", dan "S" dalam tempoh satu minit setiap satu huruf. Dan skor pesakit adalah berdasarkan jumlah perkataan yang berjaya dinamakan. Walaubagaimanapun, pihak kami berpendapat, agak sukar bagi pesakit di Malaysia untuk menamakan perkataan2 berbahasa Melayu yang bermula dari huruf "F" dan ini menyebabkan pesakit akan mendapat skor yang rendah yang tidak menggambarkan pencapaian beliau yang sebenar. Oleh itu kami ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan untuk menggantikan huruf-huruf yang sesuai bagi ujian tersebut terutama penggantian huruf "F". Untuk makluman tuan, menurut versi asal ujian tersebut huruf2 berkenaan dipilih berdasarkan kekerapan penggunaan dalam perkataan berbahasa inggeris. Khidmat nasihat dan kerjasama tuan dalam hal ini amat2 dihargai. Terima kasih.Soalan puan memerlukan perincian dan data yang sahih yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Pihak kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dengan Bahagian Perkamusan dan akan kami e-melkan data yang diperlukan kepada Puan Khairiyah dengan kadar segera.Tatabahasa11.12.2012
123456

Kembali ke atas