1.Bagaimanakah cara mengeja Yang dipertuan Agong dengan betul? 2. Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu baring-baring di bawah pokok yang rendang. Betulkah penggunaan baring-baring dalam ayat tersebut? Adakah salah jika kita menggantikannya dengan perkataan berbaring/ berbaring-baring? 3. Segala apa yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya. Bolehkah "apa" digunakan dalam ayat tersebut? | 1.Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.2. Perkataan baring-baring dalam bahasa baku perlu ditambah imbuhan beR- untuk menunjukkan perbuatan. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu berbaring/berbaring-baring di bawah pokok yang rendang. 3.Ayat 'Segala yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya' tidak perlu ditambah dengan perkataan 'apa' kerana 'apa' merupakan kata tanya. | Tatabahasa | 26.08.2007 |
Apakah perbezaan gerai dan warung? | Tiada perbezaan makna yang ketara antara gerai dan warung. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) mentakrifkan: gerai1 kata nama 1 ruangan atau kedai kecil yg ringkas, biasanya mengandungi kerusi dan meja tempat meletakkan, mempamerkan atau menjual barang, makanan, pakaian dsb: Di tepi jalan itu terdapat sederetan gerai yg menjual buah-buahan.◊gerai makan;◊gerai cenderamata; 2 tempat duduk atau tempat berbaring-baring yg dibuat drp kayu atau buluh, berbentuk spt meja rendah yg lebar, dan biasanya diletakkan di bawah pokok, di beranda dsb; 3 klasik pelamin. gerai2 kata nama 1 penggerai; kata kerja transitif 2 lihat menggerai; warung kata nama kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman: Dia mahu warung kopinya yg beratapkan rumbia dan berdindingkan anyaman buluh itu bertukar wajah menjadi bangunan drp batu konkrit. Secara umumnya, warung menyediakan ruang untuk pengunjungnya bertemu, berbual, berehat dan sebagainya, biasanya menyediakan minuman dan makanan, manakala gerai pula merupakan ruangan yang terhad dan menjual barangan tertentu dengan kuantiti yang tidak banyak. | Makna | 13.04.2023 |