soalan brkenaan sastera: 1.naksud sebenar rima akhir-pengulangan bunyi akhir atau huruf akhir baris puisi.saya keliru | Rima ialah skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Kekeliruan anda mungkin menyangka huruf akhir baris puisi yang dinyatakan dalam sesuatu penerangan sama ada buku atau ceramah adalah sama dengan rima akhir dan pergulangan bunyi akhir. Sebenarnya rima akhir dan pergulangan bunyi adalah sama dan huruf akhir pula ada tanda yang digunakan untuk menunjukkan pergulangan bunyi atau rima seperti contoh di atas. | Lain-lain | 15.02.2009 |
mencari pembayang pantun | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman lampau. Pantun terdapat berbagai-bagai bentuk rangkapnya yang terdiri daripada dua baris, empat baris atau enam baris. Dalam pantun dua baris, pembayang pantun terletak di baris pertama. Dalam pantun empat baris, pembayangnya terletak dua baris awal, iaitu baris pertama dan kedua. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.03.2009 |
Mohon penerangan tentang aspek tanda baca iaitu tanda koma dan penggunaannya. Terima kasih. | Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
saya ingin tahu tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayat. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayat | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
Saya ingin mendapatkan panduan untuk bertanya tentang penggunaan huruf besar di tempat sesuai di dalam ayat. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebaginya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
Boleh terangkan secara ringkas,perbezaan dan persamaan antara 'pantun', 'sajak', 'puisi', 'syair', 'gurindam' dan 'seloka'? | Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden. Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b. Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a. Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk. Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a. Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu, susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman. | Lain-lain | 18.05.2010 |
MOHON SEMAK SEKIRANYA KENYATAAN BAGI PERKARA 1 - ADAKAH BENAR INI MAKSUD BAGI KENYATAAN TERSEBUT DAN BAGI PERKARA 2, BOLEHKAH KOMA DIGUNAKAN SEBELUM PERKATAAN DAN. TERIMA KASIH. | Tidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana merah, hijau dan kuning dalam kategori yang sama. Maksud yang juga diberikan tidak tepat. Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yang berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yang diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yang mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa keterangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yang mendahului ayat induk dan banyak lagi. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku Gaya Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 28.05.2013 |
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimanajaramembuwatpantaug | Untuk makluman saudara, pantun dibina/dibuat oleh lima(5) ciri yang paling asas, iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan, dan jumlah suku kata.Contohnya untuk pantun 4 kerat, 1.Pembayang ( baris pertama dan baris kedua). Contoh: Padi muda jangan dilurut/Kalau dilurut pecah batangnya, 2. Maksud( baris ketiga dan baris keempat). Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya. 3. Rima akhir( Persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun iaitu ab,ab) 4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas bawa belayar/Masak sebiji di dalam peti/Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati. 5. Jumlah suku kata dalam baris pantun, antara 8-12 suku kata. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Bolehkah tanda baca koma diletakkan sebelum kata hubung "dan" sebagaimana ayat yang berikut? Saya membeli ikan, udang, dan sayaur-sayuran. Sekian, terima kasih. Salam hangat daripada, Tan Chin Lee | Sdr Tan, Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan buah-buahan ... Nota: Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 26.02.2009 |