Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?) | 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Maksud istilah ley line | Dalam rujukan kami, istilah bagi 'ley line' ialah tanah yang ditanam dengan rumput bagi tempoh beberapa tahun (bidang Tani,GEOG), manakala 'line' bermaksud barisan. Padanan dalam bahasa Melayu yang dicadangkan ialah barisan lei, iaitu barisan rumput yang ditanam. Penggunaan maksud ini dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Istilah | 11.03.2010 |
Kerusi-kerusi di barisan hadapan itu dikhaskan kepada tetamu. atau Kerusi-kerusi di barisan hadapan itu dikhaskan untuk tetamu. Ayat yang manakah lebih sesuai atau kedua-duanya boleh diterima? | Dalam ayat tersebut penggunaan "untuk" adalah lebih tepat penggunaanya. Kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan salah satu daripada fungsinya ialah menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. (lihat Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 276) | Tatabahasa | 26.03.2011 |
selamat sejahtera soalan-soalan : 1. Wanita yang {duduk,bersimpuh}di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah { terbakar,dibakar}pada malam tadi. ribuan terima kasih . | 1. Wanita yang duduk di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah terbakar pada malam tadi. | Tatabahasa | 12.11.2012 |
APAKAH ISTILAH INDAH YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM SESUATU FORUM?--MUNGKIN ADA ISTILAH MENARIK LAIN BAGI 'TUAN PENGERUSI MAJLIS', 'AHLI PANEL', 'PENDAPAT', 'KESIMPULAN'...? | Cadangan perkataan yang sama makna dengan kesimpulan ialah akhirulkalam yang juga biasa digunakan sebagai penutup surat dan huraian. Perkataan yang boleh menggantikan ahli panel yang dicadangkan ialah barisan pembentang, barisan penghujah. Penggunaan gelaran hendaklah bertepatan dengan majlis atau konsep yang dianjurkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 10.02.2009 |
Bolehkah menggunakan kata ganti diri 'anda' ketika bertanya atau merujuk kepada seseorang pada majlis perhimpunan? Contohnya: Mengapakah anda tidak duduk dalam barisan yang telah disediakan? @ Anda dikehendaki berada dalam barisan yang lurus. | Salam sejahtera, Anda ialah kata ganti nama diri kedua yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur. Dalam majlis, perkataan anda jarang-jarang dugunakan kerana hadirin terdiri daripada pelbagai taraf, tingkat dan umur yang melibatkan kesantunan berbahasa. Menerusi konteks ayat yang dikemukakan penggunaan kata ganti nama diri 'anda' boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan anda kerap digunakan dalam iklan. | Makna | 21.10.2012 |
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
para peserta perbarisan dikehendaki beratur mengikut barisan rumah sukan masing-masing. adakah penggunaan para dan masing-masing dalam ayat di atas unsur lewah? atau ayat tersebut adalah betul? kalau salah, apa kesalahannya? | Ayat tersebut betul dari segi tatabahasa. | Tatabahasa | 12.03.2009 |
MAKNA CUCUK, CUCUR, DAN CUCUH | Cucuk bermaksud sesuatu yang tajam digunakan untuk menusuk, atau paruh, patuk, atau barisan yang terdepan. Cucur bermaksud aliran ke bawah (air); kuih yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain yang digoreng. Cucuh bermaksud memasang atau menyalakan. | Makna | 27.04.2009 |
Contohnya, tegasnya, kesimpulannya berfungsi sebagai penanda wacana. Contoh: Kesimpulannya, gagasan Satu Malaysia memberikan sumbangan besar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional. Perkataan “kesimpulannya” dalam ayat ini dapat digantikan dengan “sebagai kesimpulannya” tetapi kurang tepat. Mohon penjelasan. | Sebagai bermaksud untuk, bagi, bertindak, seperti atau selaku. Oleh itu, ungkapan sebagai kesimpulannya kurang tepat untuk digunakan sebagai penutup wacana tersebut, dan kata kesimpulannya lebih tepat digunakan untuk mengakhiri wacana tersebut. | Tatabahasa | 29.12.2009 |