pebezaan penggunaan perkataan baru dengan baharu. kedua-duanya boleh digunakan atau pktn baharu sahaja yang digunakan pada masa ini. | Saudara, Perkataan baru atau baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks 'tahun baru atau baharu'; 'rumah baru atau baharu'. Perkataan baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks 'baru tiba'; 'baru-baru ini'. | Makna | 20.10.2009 |
assalamualiakum Saya keliru dengan penggunaan perkataan baharu atau baru. Contoh: Tahun Baru atau Baharu Kereta Baru atau Baharu ketua Perkhidmatan baharu Adakah perkataan baru telah di tukarkan dengan ejaan baharu. sekian, terima kasih. | Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Perbezaan perkataa baru dengan bharu, tolong jelaskan. | Perkataan baru atau baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan Baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai, baru-baru ini. Perkataan bharu digunakan seperti dalam nama bandar Kota Bharu. | Tatabahasa | 03.01.2009 |
MANA YANG BETUL AMANAT TAHUN BARU ATAU AMANAT TAHUN BAHARU | Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu. | Tatabahasa | 03.01.2013 |
yang mana satu betul? 1. Tahun baharu 2. Tahun baru Terima kasih. | Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu. | Tatabahasa | 16.02.2013 |
"Senarai Bahan Baru" dan "Senarai Bahan Baharu". Mana yang betul. Sekian, terima kasih. | Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu. | Lain-lain | 05.02.2014 |
Perbezaan antara perkataan baru dan baharu. Mohon pengesahan bagi penggunaan perkataan baru atau baharu bagi permohonan atau borang permohonan. Contoh permohonan baru atau permohonan baharu. | Kedua-duanya betul, iaitu permohonan baru dan permohanan baharu, dan baru/baharu di sini menunjukkan kata sifat. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
Mohon pencerahan mengenai Selamat Tahun "Baru" atau "Baharu"? Atau kedua-duanya boleh diguna pakai. | Frasa "Selamat Tahun Baru dan Selamat Tahun Baharu" adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 03.01.2024 |
Selamat petang Tuan/Puan, Dalam kegunaan iklan dalam surat khabar, gegantung / banner / pop card dan sebagainya "printing material" dalam stor(hypermarket), perkataan yang mana lebih tepat untuk sebut barang/produk yang baru? BARU atau BAHARU? | Kedua-dua perkataan, iaitu BARU dan BAHARU boleh diterima: PRODUK BARU atau PRODUK BAHARU. Akan tetapi yang lebih tepat ialah PRODUK BAHARU. | Istilah | 04.01.2017 |
penggunaan perkataan "baru atau baharu". Boleh terangkan. Contohnya - bangunan baru atau bangunan baharu? | Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan, namun penggunaannya mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh, Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 19.10.2011 |