| Yang mana yang betul: a) "Macam bandar baru ini juga kah?" Jelas nada suara Joan sebal. b)|"Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. c)"Macam bandar baru ini juga kah?" jelas nada suara Joan sebal. d)"Macam bandar baru ini jugakah?" jelas nada suara Joan sebal. | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: b) "Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
| Selamat pagi . Adakah ayat berikut betul ??? 1. Kita mestilah menghormati guru kita setiap masa. Soalannya: Perlukah saya mengajar murid saya meletak - lah di belakang perkataan kata bantu ??? Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa dalam Ujian UPSR Bahagian C , jika murid menulis contohnya mestilah , patutlah , haruslah dikira salah . Adakah ini betul ??? Terima kasih . | Partikel -lah, -tah dan -kah merupakan kata penegas. Ia dirangkaikan dengan kata yang ingin ditegaskan dan mengalami proses pendepanan. Contoh: Itulah rumah idamanku, bukan : Rumah idamanku itulah. Ayat yang cikgu berikan adalah betul. Untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang penggunaan partikel -lah sebagai kata penegas, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261. | Lain-lain | 31.07.2009 |
| user id i sekarang tidak boleh membuat permohonan baru. ada kah perubahan di profile saya? sila email i : jackycheng_ce@yahoo.com | Tuan, Sistem yang tuan guna ini ialah sistem Khidmat Nasihat Bahasa untuk pertanyaan bahasa dan sastera, sekiranya tuan ingin mengesahkan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479691/9400/9100/9300. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 22.06.2017 |
| Afif Abd Rahman 16:30 Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. Saya nak tanya lagi, sekiranya tempat kerja baru saya ini, boleh kah alamatnya ditulis dalam bentuk sebegini? (Buat masa ini masih belum ada alamat rasmi) Cawangan Penguatkuasa Farmasi Johor Utara d.a. Klinik Kesihatan Batu Pahat Jalan Kluang 83000 Batu Pahat Johor Untuk makluman, pejabat ini terletak di belakang klinik kesihatan batu pahat. (Bangunan berasingan). Terkma kasih.Seen by Afif Abd Rahman at 16:30 | Penggunaan alamat seperti di atas boleh digunakan. Terima kasih. | Lain-lain | 09.11.2016 |
| Saya berminat untuk membuat mengiklankan kolej kami di dalam dewan siswa untuk tujuan promosi pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej kami. Boleh kah pihak tuan menghantar makluman atau nama pegawai untuk saya hubungi, terima kasih. -anis- | Puan boleh menghubungi editor Dewan Siswa, haziah@dbp.gov.my dan hantar salinan e-mel (cc) kepada zubaidi@dbp.gov.my atau fauzilah@dbp.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tentang periklanan di majalah DBP. | Lain-lain | 12.12.2012 |
| Chit Watt Aug 8th, 6:52pm Oh, begitu. Terima kasih atas penjelasan. Adakah ini maksudnya ejaan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sepatutnya Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur , betul kah? Saya cuma nak faham secara jelas kekeliruan yang dihadapi selama ini. Sistem ejaan baru telah wujud sejak 1972 namun sepanjang hayat hidup saya, asyik terkeliru apabila orang tegur ejaan dari sama ada ke samada lepas tu sama ada kembali. Sama juga dengan ejaan ibu bapa. Memang selalu terkeliru. Kementerian pelajaran dan para guru juga tidak jelas mungkin berkenaan hal ini. Ini saya baru saja tahu. | Untuk pengetahuan tuan, ejaan bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah ejaan lama kerana DBKL digazetkan sebelum tahun 1970. Mana-mana yang digazetkan selepas 1970, ejaan tersebut ditulis dalam dua perkataan. Harap maklum. | Ejaan | 08.08.2014 |
| 1. Adakah terdapat kajian tentang syair bidasari oleh sarjana tempatan ataupun luar negara dalam rekod dbp. 2. Jika ada boleh kah saya mendapat maklumat para sarjana tersebut dan tpik apakah yang sarjana kaji dalam syair bidasari. 3. Di manakah naskhah asal syair bidasari didapati? 4. Adakah diketahui siapa penulis syair tersebut? 5. Apakah beza baru dengan baharu? Berikan contoh dalam ayat agar mudah saya memehaminya denganlebih jelas. 6. Guru Besar atau guru besar dari segi ejaan huruf G dan B sama ada besar atau kecil? 7.Tulis huruf besar atau kecil untuk sambutan hari guru atau Sambutan Hari Guru Jumpa lagi. | Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan kajian tentang Syair Bidasari pada tahun 1989. Buku tersebut diusahakan oleh Puan Jamilah Hj. Ahmad , seorang Pegawai Penyelidik dari Bhg. Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka dan kini beliau telah pun bersara. Naskhah asal Syair Bidasari boleh ditemui di Royal Asiatic Society, London, School of Oriental and African Studies, London, Cambridge University Library, Cambridge, British Musem, London dan Leiden University Library. Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya hanya menyimpan salinan naskhah dalam bentuk mikrofilem sahaja. | Lain-lain | 15.07.2010 |
| Boleh saya dapatkan penerangan terkini mengenai penggunaan kata sendiri berikut? 1) dari / daripada 2) hanya / dengan 3) melalui / menerusi 4) antara / di antara 5) baru - baharu | 1. Kata sendi dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Merujuk kepada ayat di atas, kata sendi yang sesuai ialah "daripada": Mengeluarkan wang daripada bank (merujuk kepada sumber). 2. Kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata hanya merupakan golongan kata penegas. Kata penegas disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan (hanya, sahaja, juga, memang, pun, -kah, -lah, –tah) yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Oleh sebab, kata "hanya" membawa maksud yang sama, iaitu tidak lebih daripada satu atau tidak ada orang lain lagi. 3. Kata melalui berasal daripada kata dasar lalu membentuk kata baru yang membawa pelbagai makna. Kata melalui membawa maksud "dengan perantaraan" atau "menerusi", contoh ayatnya: Kami berjalan melalui/menerusi lurah dan bukit. 4. Kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya "Mereka berbincang antara adik-beradik". Sementara penggunaan kata 'antara' sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di-. Contohnya ialah "Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi". 5. Kata baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu". Untuk penggunaan umum, puan boleh mengambil makna daripada kamus, namun jika untuk tujuan pembelajaran di sekolah, perlulah mematuhi rumus dalam buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.05.2019 |