adakah penggunaan perkataan 'kesulitan'dalam ayat ini betul? ' Baru-baru ini, ayah saya kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.' | Perkataan 'kesulitan' dalam ayat tersebut boleh digunakan tetapi perlu dibuat pembetulan dengan menambah perkataan mengalami menjadi Baru-baru ini, ayah saya mengalami kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari. | Tatabahasa | 01.03.2012 |
Apakah perbezaan antara baru dan baharu. Sila semak adakah penggunaan perkataan untuk ayat berikut betul. *Baru-baru ini, mereka berpindah ke rumah baru. atau *Baru-baru ini, mereka berpindah ke rumah baharu. *Ibu dan bapa membeli dua buah basikal baru untuk mereka. atau *Ibu dan bapa membeli dua buah basikal baharu untuk mereka. | Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba. | Tatabahasa | 13.01.2017 |
Baru-baru ini, saya mendapat info tentang peperibahasa yang ramai tidak sedari di WhatsApp. Ingin saya pastikan kebenarannya. 1. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI atau HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI? 2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA atau MELEPASKAN BATOK DI TANGGA? 3. MATA KERANJANG atau MATA KE RANJANG? 4. MERAH PADAM atau MERAH PADMA? 5. MENJOLOK MATA atau MENCOLOK MATA? 6. SALING TAK TUMPAH atau SALIN TAK TUMPAH? | Pendapat baharu tentang peribahasa yang banyak dibincangkan dalam ruang maya belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; (3) mata keranjang; (4) merah padam; (5) mencolok mata; dan (6) saling tak tumpah. | Lain-lain | 30.03.2017 |
baru-baru ini saya ada terbaca artikel tentang peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". Penulis tersebut menyatakan peribahasa tersebut kurang tepat tetapi yang sebetulnya ialah "harapkan pegar, pegar makan padi". Mohon penjelasan | Sehingga kini belum ada dapatan sahih tentang peribahasa tersebut. Walaupun pendapat yang mengatakan peribahasa "harapkan pegar, pegar makan padi" adalah betul tetapi tidak ada satu dapatan yang mengesahkannnya. Perlu kita ingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Mungkin juga ada benarnya pendapat yang mengatakan kesilapan ejaan berlaku sewaktu pemindahan teks daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi tetapi tidak ada dapatan yang dapat mengesahkannya. | Lain-lain | 07.02.2012 |
baru-baru ini terdapat iklan di akhbar mengenai tawaran membuat pakej buku teks pendidikan moral KSSR darjah 2. saya berminat untuk memohon namun dimana perlu saya merujuk mengenai perkara tersebut dan syarat-syaratnya | Penyertaan Sdr sebagai calon penulis amat kami alu-alukan. Iklan mengenainya serta syarat-syarat yang berkaitan terdapat dalam laman sesawang DBP. Sila rujuk laman sesawang DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila pastikan juga Sdr tidak terlepas tarikh-tarikh penting yang berkaitan sebagaimana yang diiklankan. | Lain-lain | 29.06.2010 |
Baru-baru ini, murid saya telah diberitahu oleh penceramah bahawa penggunaan kata " teh o ais limau " itu salah. Penggunaan yang tepat ialah " teh o limau ais ". Benarkah begitu ? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "teh o limau ais". | Istilah | 26.05.2010 |
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih. | Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada secara terperinci. | Makna | 10.06.2008 |
ASSALAMUALAIKUM. bARU-BARU INI RANCANGAN TELEVISYEN ASTRO PRIMA MENAYANGKAN DRAMA YANG BERTAJUK WADI UNUNG. APAKAH MAKSUD UNUNG ? PENCARIAN SAYA DALAM KAMUS DBP MASIH BELUM JUGA TEMUI MAKSUD UNUNG ITU . | Memang tidak ada maksud unung dalam sumber rujukan kami, dalam pusat rujukan persuratan Melayu hanya ada entri nung yang bermaksud gelaran untuk orang yang berketurunan raja di sebelah ibu. | Makna | 17.08.2009 |
Salam sejahtera, baru-baru ini DBP ada menganjurkan Canai Bahasa, sebagai saranan sahaja, bolehkah DBP anjurkan audio siar (podcast) yang khusus berkaitan dengan bahasa? | Salam sejahtera tuan, Terlebih dahulu, sayan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan, kerana menyokong program-program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cadangan tuan berhubung dengan penganjuran audio siar (podcast) berkaitan dengan bahasa, telah dipanjangkan kepada bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama. | Lain-lain | 30.11.2019 |
Salam sejahtera, baru-baru ini saya menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat untuk mencari frasa yang betul tentang "tiba ke atau tiba di", namun jawapan yang diberikan tidak konsisten. Mungkin pihak DBP boleh menyemak semula tentang jawapan bagi setiap perkataan yang disediakan. Terima kasih atas masa anda. Sayangnya saya tidak dapat sertakan gambar yang saya print screen daripada laman web PRPM. Walau bagaimanapun, semoga usaha DBP dalam bahasa kebangsaan Malaysia boleh berhasil. Terima kasih! | Terima kasih atas maklumat yang anda berikan, dan untuk makluman anda, DBP memang dalam proses mengemas kini jawapan dalam perkhidmatan Khidmat Nasihat. | Lain-lain | 26.09.2017 |