ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN BASAH. | ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN YANG BASAH. | Lain-lain | 21.03.2011 |
IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA IA CEPAT KERING. | IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA CEPAT KERING. | Lain-lain | 21.03.2011 |
Mohon penjelasan tentang maksud 'lembab' dan lembap yang mana membawa maksud masih basah dan tidak kering sepenuhnya. | Perkataan yang membawa maksud "masih basah dan tidak kering sepenuhnya" ialah "lembap". | Tatabahasa | 03.03.2015 |
Struktur ayat yang mana betul? 1. Ali mengelap tingkap dengan kain basah di dalam kelas. 2. Ali mengelap tingkap di dalam kelas dengan kain basah. | Kedua-dua struktur ayat yang digunakan tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
membasahi dan membasahkan, bagaimanakah penggunaan perkataan-perkataan ini? terima kasih | Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 28.05.2009 |
Salam semua. Meramas atau memerah kain yang basah, mana satu yang tepat? | Pemilihan kata betul ialah memerah kain yang basah | Tatabahasa | 06.06.2020 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan bagi penggunaan "membasahi" dengan "membasahkan"? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata membasahi pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dengan mencurah (merenjiskan dll) air: membasahkan rambut; membasahkan tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 16.04.2013 |
Terjemahan untuk wet AMD | Untuk makluman, AMD ialah singkatan untuk "age-related macular regeneration". Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "wet AMD" ialah AMD basah atau degenerasi makular berkaitan umur basah. | Istilah | 02.04.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya mahu bertanya mengenai istilah 'barang dapur' atau 'barang basah'. Adakah kedua-duanya boleh diterima dan diguna pakai secara formal atau ia hanyalah bahasa pasar atau bahasa informal? Terima kasih. | Wassalam. Barang dapur merujuk kepada barang keperluan untu memasak. Manakala, barang basah pula merujuk kepada barang yang masih baru atau belum dikeringkan, misalnya ikan dan buah-buahan segar.
| Lain-lain | 26.12.2019 |
Salam sejahtera. Pohon semak tatabahasa bagi dua soalan di bawah: 1. Apakah yang akan berlaku jika berlari di atas lantai yang basah? 2. Apakah yang akan belaku jika hujan lebat tidak berhenti-henti? Terima kasih. | Tuan/puan yang budiman, Cadangan ayat yang betul adalah seperti berikut: 1. Apakah yang akan berlaku jika berlari di atas lantai yang basah? 2. Apakah yang akan berlaku jika hujan lebat turun tidak berhenti? | Tatabahasa | 12.12.2017 |