apakah bahasa kolokial dan bahasa basahan | Menurut kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku). Ini bermakna bahasa basahan juga bahasa kolokial. | Lain-lain | 29.01.2007 |
adakah bahasa basahan/pasar tergolong dalam sebutan johor-riau? | Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing. Manakala bahasa johor riau pula ialah bahasa yang kita gunakan pada masa ini yang tidak menyebut sesuatu perkataan mengikut sebutannya. Contohnya sebutan perkataan saya disebut saya bagi sebutan bahasa baku manakala dalam bahasa Johor Riau disebut saye. Oleh itu, bahasa johor riau bukanlah bahasa pasar yang dituturkan dalam situasi tidak rasmi. | Tatabahasa | 11.06.2010 |
saya memerlukan senarai unsur-unsur bahasa basahan dan kajian yang telah dilakukan. harap pihak dbp dapat memberi cadangan dan membantu masalah saya. terima kasih | Bahasa basahan tergolong ke dalam jenis neka bahasa rendah. Ciri-ciri bahasa rendah tidak mematuhi semua peraturan tatabahasa, sebutan, dan penggunaan kata. Ia menggunakan sistem sapaan dan ganti nama yang menunjukkan kemesraan, pertalian keluarga dan kebiasaan dalam kelompok masyarakat tertentu. Ia banyak menggunakan sebutan tidak baku seperti sebutan dialek dan basahan, kosa kata dialek, kata-kata ringkas dan lambang-lambang tulisan yang tidak ada dalam sistem ejaan rasmi, dll. Lazimnya kebiasaan ini adalah peribadi sifatnya, dan tidak dimengerti oleh semua orang. Ada kalanya, kita tidak dapat memahami maksud yang ada pada penutur atau penulisnya. Neka bahasa rendah ini adalah untuk ahli kelompok masyarakat yang dikenali dengan mesra, rapat dan biasa saja. Neka ini tidak boleh digunakan dalam konteks rasmi. Saudara digalakkan mengunjungi perpustakaan atau mana-mana pusat sumber untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
analisis tentang bahasa baku,bahasa basahan dalam aspek perubahan bunyi dan kependekkan kata beserta contoh. | Perubahan bunyi adalah dari segi lafaz sesuatu perkataan itu.seperti kata apa dilafaz apa dalam konteks baku tetapi ape bagi tidak baku. dari segi kependekan pula kata seperti tidak, hendak, mahu dsb. dalam konteks tidak baku atau bahasa basahan disebut sebagai tak, nak dan mau. | Tatabahasa | 10.08.2007 |
Assalamualaikum, adakah menjadi kesalahan sekiranya kita menggunakan bahasa lisan dan bahasa pasar/basahan untuk penulisan tidak formal seperti novel/cerpen dan artikel bukan ilmiah? adakah istilah lisan/pasar ini perlu dibezakan daripada istilah penulisan yang skema? jika perlu dibezakan, bagaimanakah cara yang betul untuk membezakannya? contohnya, kebiasaan penulis membezakan bahasa bukan melayu dengan menjadikannya Italic. adakah bahasa pasar ini perlu di-Italic juga atau ada cara lain? Terima kasih. | Dalam penulisan kreatif bahasa lisan ialah dialog yang digunakan dalam penceritaan tersebut. Dialog lazimnya dibubuh tanda petik (" "). | Tatabahasa | 04.03.2015 |
berikan perbezaan aku dan saya | Beza antara aku dan saya ialah; aku, bahasa basahan, bukan rasmi, digunakan sebab keintiman/saling mengenali seperti kawan baik dsbgnya. Manakala, saya pula, digunakan dalam konteks rasmi, dengan ketua dan sebagainya. | Istilah | 08.10.2013 |
penggunaan bahasa rojak dan impikasinya? | Bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila buat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP atau mengunjungi mana-mana perpustakaan/pusat sumber. Terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
Apakah perbezaan bahasa kolokial dan bahasa slanga? | Bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku) manakala bahasa slanga ialah bahasa yang menggunakan kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi). | Makna | 18.01.2007 |
Assalamualaikum. Apakah maksud "cikai / chikai"? Dialek negeri manakah itu? Terima kasih. | Cikai atau chikai tidak ada dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan kata tersebut merupakan bahasa basahan yang dituturkan dalam komuniti setempat. | Makna | 07.05.2013 |
Apakah maksud bahasa jargon dan apakah contoh-contoh bahasa jargon dalam bahasa melayu? | Jargon ialah istilah linguistik merujuk bentuk ungkapan yang dipadatkan atau diringkaskan, yang biasanya tidak lengkap dari segi tatabahasa dan digunakan dalam pertuturan bahasa basahan atau jargon khusus, misalnya BERHENTI dan BERI LALUAN pada papan tanda jalan raya. | Makna | 10.05.2014 |