Saya merujuk kepada struktur mata manusia. Pada Kornea terdapat lapisan dikenali sebagai 'basement membrane'. Apakah terjemahan yang paling tepat bagi basement membrane. Ia merupakan suatu lapisan membran bukannya berada di bawah tanah (berdasarkan terjemahan basement). Bolehkan dicadangkan terjemahannya sebagai membran dasar? | Padanan basement membrane ialah membran dasar. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
Adakah perkataan 'basement' boleh digunakan selain daripada diguna sebagai 'bawah tanah'? Sebagai contoh: Aras Basement bukannya Aras Bawah Tanah. | Padanan basement dalam bahasa Melayu ialah aras bawah tanah. | Tatabahasa | 22.07.2014 |
Apakah terjemahan dan penerangan tentang Ground Floor dan Basement dalam bahasa melayu? Ground floor sebenarnya tingkat berapa? Selepas Ground floor tingkat 1 atau 2? Bagaimana pula dengan basement? | Perkataan ground floor bermaksud bahagian bangunan yang separas dengan tanah. Perkataan basement pula merujuk bahagian bangunan paling bawah yang sebahagiannya atau keseluruhannya terletak di bawah tanah atau tingkat bawah tanah. Pada kebiasaannya, kebanyakan bangunan bermula dengan tingkat/aras bawah, diikuti tingkat satu, tingkat dua dan seterusnya. Walau bagaimanapun, tidak ada ketetapan khusus dalam penamaan atau penomboran tingkat bagi sesuatu bangunan. Penamaan dan penomboran tersebut bergantung pada konsep sesuatu bangunan atau pemilik bangunan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 2002), halaman 95 dan 524. | Makna | 02.08.2024 |
perkataan seerti "basemen" | Ejaan yang betul ialah "basement" yang bermaksud tingkat bawah tanah. | Ejaan | 09.12.2007 |