| Apakah kata pengganti nama bagi barang. misalnya; Saya sukan akan basikal ini. Ia saya beli kelmarin. Betulkah penggunaan "Ia" itu? | Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat tersebut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin. | Tatabahasa | 06.12.2006 |
| Bagaimanakah perkataan 'Ia' patut digunakan? Adakah perkataan ini hanya digunakan untuk objek? Adakah perkataan ini sama dengan perkataan 'It' dalam bahasa Inggeris ataupun adakah perkataan ini digunakan semata-mata untuk manusia? | Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat berikut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin. Perkataan "Ia" dalam bahasa Melayu tidak sama dengan perkataan "It" dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 08.12.2006 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin bertanyakan soalan iaitu: 1. Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan imbuhan meN-...-i dan meN-...-kan 2. Apakah perbezaan kata adverba dan kata penekan ? | 1. Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-imenandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-imenerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil. 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata adverba tersenarai sebahagian daripada katatugas kerana fungsinya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang atau penentu. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, katanama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. | Tatabahasa | 21.07.2018 |
| Salam sejahtera. Adakah tertikam dan tertusuk boleh diterima? Apakah perbezaan antara dua perkataan ini?Mohon tuan / puan dapat memberi penjelasan untuk soalan-soalan tersebut. Sekian, terima kasih. | Tertikam biasanya dengan benda tajam seperti pisau, keris; manakala tertusuk pula dengan barang yang runcing lagi tajam seperti penyemat, jarum, paku. Kamus Dewan memberikan maksud pancit menjadi kempis kerana keluar anginĀnya akibat tertusuk benda tajam, pecah (berkaitan tayar kereta, basikal). | Makna | 14.05.2014 |