Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "case by case basis" digunakan untuk menggambarkan keputusan yang dibuat secara berasingan, masing-masing mengikut fakta keadaan tertentu - dalam kata lain - mempertimbangkan setiap kes secara berasingan dan bukannya mempertimbangkan beberapa kes secara keseluruhannya. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "case by case basis"? Sekali lagi, terima kasih. | Perkataan case by case basis boleh diterjemahkan kepada kes mengikut kes, seperti keputusan berasingan yang dibuat kes mengikut kes. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2019 |
Salam, boleh saya dapatkan terjemahan untuk perkataan-perkataan ini di dalam Bahasa Melayu. 1) On real time basis 2) opened with 3) Loan Risk Disclosure Statement 4) Once submitted 5) Add Favourite | Sila lampirkan ayat penuh atau dalam konteks apa frasa ini digunakan. Makna dan istilah mungkin berbeza mengikut konteks ayat. | Makna | 09.03.2020 |
Salam sejahtera, Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Assalamualaikum, Tiada istilah “gun-jumping" dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, kami dalam proses mencari padanan kata yang sesuai untuk istilah ini. Kami sedang berbincang dan akan menghubungi tuan setelah mendapat jawapan yang bersesuaian. Maaf atas kelewatan. Terima kasih. | Istilah | 30.12.2017 |
Salam sejahtera, Soalan ini pernah saya ajukan pada bulan Januari 2018 tetapi belum mendapat jawapan yang pasti dari pihak DBP. Oleh itu, saya ajukan soalan ini semula. Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris terbitan DBP, jump the gun membawa maksud bertindak sebelum masanya. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.11.2018 |
Hello I am a qualified English teacher from the UK and my application to use the phrase 'TASTE OF PAKISTAN' for my restaurant business was rejected on the grounds that the phrase does not make grammatical sense in Malay. However there are numerous restaurants which bear similar names in the UK and elsewhere, examples being: TASTE OF PAKISTAN TASTE OF INDIA TASTE OF CHINA etc Please kindly reconsider your decision on the basis that in the English language these phrases are similar in structure to many other widely accepted phrases. Also please note that the phrase 'TASTE OF PAKISTAN' acts as a description for the cuisine on offer. If however you are still in objection to the use of this phrase, then i have submitted a revised version 'THE TASTE OF PAKISTAN' for your approval. Many thanks | Untuk makluman tuan, jika tuan ingin mengekalkan teks dalam bahasa Inggeris, maka iklan perlu dibuat dalam dwibahasa, iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 25.02.2017 |
Salam sejahtera tuan. Saya ingin mengetahui terjemahan yang betul perkataan "where" dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai Kata Hubung dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana perkataan "where @ di mana" merujuk kepada tempat. Apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. | Salam sejahtera. Untuk makluman tuan/puan, lazimnya, perkataan where boleh digantikan dengan kata hubung “yang” dan “apabila”. Ayat bahasa Inggeris yang berikut menggunakan perkataan where yang tidak membawa maksud tempat: 1. A phobia is where you have a fear of, say, clowns, and this fear seemingly has no rational basis. (Fobia ialah keadaan apabila anda berasa takut akan badut, misalnya, dan perasaan ini timbul tanpa asas yang rasional.) 2. The dog suffered from hypothermia, a condition where the body temperature drops to a near-fatal level. (Anjing itu mengalami hipotermia, iaitu suatu keadaan yang menyebabkan suhu badan turun ke takat hampir mati.) Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2017 |