Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bas.mi] | بسمي

Definisi : ; membasmi menghapuskan, membanteras, memerangi: ~ buta huruf;pembasmian perihal (tindakan, usaha, dsb) membasmi;pembasmi orang (alat dll) yg membasmi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bas.mi] | بسمي

Definisi : ; membasmi 1 membakar sampai habis: ~ lalang kering. 2 mengusahakan supaya tidak ada lagi; menjadikan tiada; menghapuskan: Kita hendaklah memberikan kerjasama utk ~ penyakit malaria di daerah luar bandar. pembasmian perbuatan atau hal membasmi. pembasmi 1 orang yg membasmi. 2 alat, ubat dsb yg digunakan utk membasmi: Ubat apa yg digunakan sbg ~ penyakit malaria di negara kita ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basmi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Adakah perkataan 'menduakaligandakan' wujud dalam bahasa Melayu? Jika ya, adakah perkataan 'mengempatpuluhkaligandakan' juga boleh diterima?Tidak ada perkataan menduakaligandakan dan mengempatpuluhkaligandakan dalan bahasa Melayu. Perkataan yang betul ialah "melipatgandakan" /  "lipatgandakan" yang bermaksud menggandakan berkali­-kali, memperbanyak, menjadikan bertambah banyak: contoh, mereka berusaha ~ hasil pertanian; akan saya lipatgandakan usaha utk mem­basmi kemiskinan selepas memenangi pilihan raya ini.Tatabahasa06.10.2017

Kembali ke atas