Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan untuk ping pong bat dalam bahasa melayy. Terima kasihping pong bet dalam bahasa Melayu ialah bet pingpongIstilah24.06.2020
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Sungguhpun adik bertubuh kecil, dia terangkat meja yang besar itu sehingga banyak orang memujinya. 2. Walaupun cuaca panas, pesawah-pesawah itu terus membanting tulang empat kerat mereka. 3. Abang Mimi seorang yang sangat pendiam manakala/tetapi Mimi seorang yang sangat peramah. 4. Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar dari muntah lembu. 5. Pagi-pagi lagi ibu sudah pergi ke pasar bersama-sama ayah. Terima kasih.

Ayat No. 1, 2, 3, dan 5 yang diberikan adalah betul.

Manakala ayat yang betul bagi No. 4 adalah seperti yang berikut:

Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu.

Tatabahasa27.06.2021
Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan dengan lebih tepat perkataan "dari" dan "daripada"?

Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Contoh:

a) Menunjukkan tempat atau arah
  • Angin bertiup kencang dari arah selatan.
  • Bola itu ditendang dari penjuru padang.
b) Menunjukkan waktu atau masa
  • Tempoh pembayaran bermula dari tarikh penyerahan barangan itu.
  • Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama “daripada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contoh:

a) Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
  • Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
  • Daripada siapakah gerangan surat ini?
  • Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu.
  • Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda
  • Ukiran itu diperbuat daripada logam.
  • Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru.
c) Menunjukkan perbezaan atau perbandingan
  • Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.
  • Perangai Ahmad berbeza daripada perangai abangnya.
  • Kami tiba lebih lewat daripada mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 268 hingga 272.

Tatabahasa05.11.2023

Kembali ke atas