Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl pengembara, nomad;membatak 1. mengembara, bertualang; 2. merompak, menyamun, merampas;pembatak penyamun, perompak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batak I

Puisi
 

Anak Batak pulang ke Batak,
     Sampai ke Batak membelah rotan;
Kalau tak cukup muatan di petak,
     Jangan suka melanggar lautan.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan berkaitan ejaan tepat berikut: "Di rantau Alam Melayu pula, beberapa suku masyarakat di Sumatera seperti Batak dan Rejang didapati menggunakan kulit kayu sebagai alas tulisan mereka " Perkataan Alam Melayu di eja sebagai alam Melayu atau Alam Melayu dalam konteks ayat tersebut? Terima kasih.Kata "alam" dalam frasa "alam Melayu" dalam ayat tersebut dieja dengan huruf kecil kerana perkataan "alam" bererti kerajaan atau negeri yang umum sifatnya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:53). Keadaan ini berbeza jika frasa ini telah mengandungi konsep tertentu dan dijadikan kata nama khas.Lain-lain15.10.2022
salam..adakah di dewan bahasa ini terdapat bahan manuskrip bahasa arab? banyakkah bahan tersebut ada di sini?

Terima kasih atas soalan anda.

Di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, manuskrip merupakan salah satu koleksi utama. Koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan ini telah terkumpul sejak tahun 1956 hingga 2006 yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain seperti Batak, Acheh,Arab,Campa dan Sanskrit serta merakamkan pelbagai bentuk penulisan termasuk Jawi,Batak dan Rencong.

Saudara disarankan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu untuk membuat pemilihan dan semakan.

sekian, Terima kasih

Lain-lain30.12.2009

Kembali ke atas