PERKATAAN RINGKAS : Sila nyatakan bagi perkataan berikut ; (1) Pengarah. (2) Penolong (3) Jabatan (4) Timbalan (5) Komander (6) Briged (7) Pegawai (8) Pemerintah (9) Batalion (10) Kompeni (11) Pelatun (12) Seksyen (13) Kontinjen. | Soalan tuan tidak jelas. Untuk carian makna, tuan boleh menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 27.09.2013 |
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologi | Ejaan yang betul: 1. sepertimana 2. kuambil 3. draf 4. skim 5. pelaksanaan 6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri) 7. periuk 8. enjin 9. walaupun 10. kaset 11. professor 12. tragedi 13. televisyen 14. jawatankuasa 15. estetika 16. geran 17. logik 18. sambung 19. awet 20. batalion 21. psikologi Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my. | Ejaan | 22.12.2015 |
Cadangan bagi terjemahan 'pasukan keselamatan belia' untuk sebarang maklum balas atau pembetulan yang boleh memberikan impak lebih yang baik hasil dari penjenaan pasukan tersebut. senarai berkenaan adalah seperti yang berikut; ANGAKATAN SUKARELA MUDA KDN (ASMK) PASUKAN SUKARELA MUDA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KDN (PASUKK) KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1KDN (KMK 1KDN) ANGKATAN MUDA AMAN KDN (AGMA) / (AGAMA) ANGKATAN MUDA : KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN BRIGED BELIA KESELAMATAN BRIGED KESELAMATAN MUDA 1KDN (BKMK @ BKM1K) | Setelah perbincangan diadakan, kami berpendapat nam yang paling baik dan sesuai digunakan ialah KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1 KDN (KMK 1 KDN). Untuk makluman, ejaan "KESATRIA" adalah salah, dan ejaan yang betul ialah KESATRIAN. Ejaan "1KDN" juga adalah salah dan perlu dieja berasingan, iaitu 1 KDN. Perkataan kesatria lebih sesuai dan lebih memberi impak kerana kesatria bermaksud "orang yang gagah berani", berbanding dengan perkataan "angkatan sukarela, pasukan sukarela dan angkatan muda" yang kurang memberi impak. "BRIGED" pula tidak sesuai kerana dalam kamus Dewan Edisi Keempat, briged bermaksud divisyen tentera yang biasanya terdiri daripada markas, beberapa unit penempur (misalnya batalion infantri atau rejimen kereta perisai) dan unit penyokong. | Tatabahasa | 02.05.2014 |