Yang mana betul, "Gentian yang diperbuat dari batang kelapa sawit" atau "Gentian yang diperbuat daripada batang kelapa sawit"? | Saudara Nik Zanariah, Yang betul ialah 'Gentian yang diperbuat daripada batang kelapa sawit'. Kata sendi 'dari' digunakan untuk masa dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata sendi. | Tatabahasa | 17.07.2009 |
Salam. Tuan, bolehkah berikan sebab mengapa penjodoh bilangan bagi tombak ialah batang, bukannya bilah. Dalam jawapan pihak tuan sebelum ini, konsistennya batang. Ramai di luar sana dan dalam kebanyakkan buku penjodoh bilangan yang mengatakan bilah sebagai penjodoh bilangan bagi tombak. Mohon jasa baik pihak tuan menjelaskan kekeliruan ini. | Penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi tombak ialah batang. Hal ini disebab batang merujuk kepada penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah pula digunakan untuk penjodoh bilangan bagi benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
saya farah hani binti mohd azizuddin.saya ingin bertanyakan bahawa apakah maksud kekisi,kekuda,tetupai,dan sesiku? saya harap pihak tuan/puan akan beri jawapan dengan secepat mungkin. | Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain, atau jeruji. Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain. Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu. Sesiku bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90°, 60°, dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°). | Makna | 27.06.2009 |
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk tebu ? Adakah batang atau ruas?, atau kedua-dua boleh digunakan. Berdasarkan soalan latihan buku aktiviti murid Tahun 3, gambar menunjukkan gambar tebu yang dipotong sederhana pendek. Terima kasih... | Batang dan ruas adalah penjodoh bilangan yang sesuai untuk tebu tetapi penggunaannya perlu merujuk konteks ayat. Batang bermaksud bahagian pokok yang tumbuh daripada akar manakala ruas bermaksud bahagian di antara buku dengan buku seperti yang terdapat pada buluh, jari, tebu dan sebagainya. Berdasarkan soalan encik yang merujuk gambar tebu yang dipotong sederhana pendek maka penjodoh bilangan yang sesuai digunakan ialah ruas tebu. | Tatabahasa | 18.01.2018 |
Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Jika sebatang kayu dipotong mengeluarkan getah dipanggil getah pokok.. tetapi bagi batang yang mengeluarkan air apa yang harus kita panggil adakah jus batag pokok atau air batang pokok.. | Istilah yang sesuai ialah air batang pokok. | Istilah | 06.05.2014 |
Apakah penjodoh bilangan untuk lilin?batang atau kaki? | Penjodoh bilangan untuk "lilin" ialah "batang". (Lihat contoh ayat "sebatang lilin" dalam Kamus Inggeris Melayu-Dewan bagi perkataan "lighten" yang bermaksud "menerangi"). Terima kasih. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
salam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai dengan paku? Batang atau bilah? Mengapa? | Penjodoh bilangan untuk paku ialah batang. | Lain-lain | 09.08.2010 |
Apakah penjodoh bilangan bagi jarum ? bentuk, bilah, pucuk, batang, manakah yang tepat atau keempat-empat pun boleh ? | Penjodoh bilangan untuk jarum ialah batang. (sebatang jarum) | Tatabahasa | 15.07.2014 |
Pak cik ramli sedang memaku ...... buluh yang telah dikerat-kerat untuk dijadikan titi..mana satu jawapan yang betul..batang, bilah, ruas... | batang buluh | Tatabahasa | 15.08.2015 |
Salam, benarkah ayat ini " Kak Dila membawa beberapa batang pelepah kelapa untuk dibuat kayu api"? Sekian, terima kasih. | Salam. Ayat "Kak Dila membawa beberapa batang pelepah kelapa untuk dibuat kayu api" adalah betul. | Tatabahasa | 02.04.2013 |