Ayat-ayat yg berikut manakah betul mengenai penggunaan kata ganda separa tunggal? Tolong terangkan. Terima kasih. (1)tetamu I Tetamu-tetamu II Kedua-dua orang tetamu III Kedua-dua orang tetamu-tetamu IV Banyak tetamu (2)kekuda I Kekuda-kekuda II Empat batang kekuda III Banyak kekuda (3)tetulang I Tetulang-tetulang II Banyak tetulang III Dua batang tetulang besi (4)jejentik I Terdpt banyak jejentik / jentik-jentik di dlm akuarium II Banyak jentik III Jejentik-jejentik IV Sekumpulan jejentik / jentik-jentik muncul di dalam kolam V Sekumpulan jejentik-jejentik (5)sesiku I Sesiku-sesiku II Banyak sesiku III Dua batang sesiku L (6)kekabu I Banyak pokok kekabu II Kekabu-kekabu III Lima batang pokok kekabu (7)tetupai I Dua buah tetupai II Tetupai-tetupai III Banyak tetupai (9)lelangit I Banyak lelangit II Lelangit-lelangit III Lelangit rekah (10)lelayang I Banyak lelayang / layang-layang II Lelayang-lelayang III Dua lelayang / layang-layang bertebangan (11)lelabi I Banyak lelabi II Lelabi-lelabi III Menangkap seekor lelabi / labi-labi (12)pepijat I Dua ekor pepijat tilam II Pepijat-pepijat tilam III Banyak pepijat tilam (13)rerama I Banyak rerama / rama-rama bertebangan II Rerama-rerama III Dua ekor rerama / rama-rama IV Rerama-rerama | Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Contoh Penggandaan Separa Kata Tunggal: laki - lelaki pohon - pepohon gelang - gegelang tikus - tetikus siku - sesiku Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
Ayat mana yang betul penggunaan perkataan parut? i. Abang membeli sebiji parut kelapa. ii. Parut pada batang pokok itu masih baharu. iii. Kakak seronok kerana parut di mukanya sudah hilang. iv. Parut kelapa itu masih elok walaupun 15 tahun digunakan. | Ayat yang betul ialah ii dan iii. ii. Parut pada batang pokok itu masih baharu. iii. Kakak seronok kerana parut di mukanya sudah hilang. | Lain-lain | 01.12.2021 |
Tolong jelaskan penggunaan kata ganda separa jamak. Ribuan terima kasih ! (1)dedaun (=daun-daun?) I Beberapa helai dedaun II Beberapa helai daun III Banyak dedaun / daun-daun (2)pepohon (=pohon-pohon?) I Beberapa pokok pepohon / pohon-pohon II Banyak pepohon / pohon-pohon III Banyak pohon / pokok IV Beberapa batang pohon / pokok | Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Contoh: "dedaun" dan "pepohon". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 137. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
soalan berhubung penjodoh bilangan berikut, Ibu menanam sawi di atas se________ batas. jawapannya sama ada ' batang ' atau 'banjar' soalan kedua, Radio itu berbunyi sangat _______ . jawapannya sama ada ' kuat atau 'bising'. Terima kasih | i. Sebanjar batas. ii. Radio itu berbunyi sangat kuat. | Lain-lain | 28.02.2008 |
Bolehkah penggunaan "......" dan '.....' dijelaskan secara terperinci dari aspek penggunaan dalam karangan semasa menyatakan dialog, tajuk /judul buku mahupun ucapan, dan semasa penyelitan peribahasa dalam penulisan karangan? Saya masih kurang jelas manakah antara "......" dan '.....' yang perlu digunakan sebab saya mendapati setiap buku mempunyai penjelasan yang berbeza. Saya berharap masalah saya dapat diselesaikan. terima kasih~ | Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan seperti yang berikut: i. mengapit cakap ajuk atau petikan langsung daripada naskhah; ii. mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang digunakan dalam ayat; dan iii. mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai makna khusus. Manakala tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contohnya: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak Nampak," sindir Hasyim. | Tatabahasa | 10.05.2013 |