1. Ali membubuh benih pada batas. 2. Ali membubuh benih ke atas batas. 3. Ali membubuh benih ke dalam batas. sama ada ketiga-tiga ayat ini betul? Sila berikan penjelasan. Terima kasih | Ali membunuh benih pada batas, kata sendi nama pada menunjukkan keterangan tempat perbuatan tersebut. | Tatabahasa | 23.05.2014 |
Selamat Sejahtera... Apakah maksud 'Raised Bed' dalam bahasa Melayu yang betul. | Raised bed dalam bidang pertanian ialah batas tinggi atau batas timbun. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2015 |
1. perkataan mengemop atau mengelap lantai ? 2. pembersih bulu ayam atau penyapu bulu ayam ? 3. mencangkul tanah untuk dibuat batas atau mencangkul untuk membuat batas ? | 1. Kedua-dua perkataan, iaitu mengemop dan mengelap adalah betul dan boleh digunakan. Mengemop dan mengelap adalah perkataan "mop" dan "lap" yang mendapat awalan meN-... . 2. Perkataan yang tepat ialah pembersih bulu ayam kerana alat tersebut berfungsi untuk membersihkan habuk dan tidak berfungsi seperti penyapu. 3. Ayat yang betul ialah mencangkul tanah untuk membuat batas. | Tatabahasa | 06.02.2014 |
Apakah penjodoh bilangan bagi perkataan-perkataan berikut : 1- Pelangi 2- Batas (selalunya digunakan untuk menanam ubi dan sebagainya) 3 - Hamper (Bakul yang berisi barangan untuk dijadikan hadiah) Sekian, terima kasih. | “Pelangi,” "batas" dan "hamper" tidak mempunyai penjodoh bilangan. Kata "batas" dan "hamper" ini boleh diawali dengan kata bilangan untuk menunjukkan jumlah contohnya; satu, dua, beratus-ratus dan berpuluh-puluh atau kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu contohnya semua, beberapa, seluruh, banyak dan sebagainya. | Tatabahasa | 27.05.2020 |
soalan berhubung penjodoh bilangan berikut, Ibu menanam sawi di atas se________ batas. jawapannya sama ada ' batang ' atau 'banjar' soalan kedua, Radio itu berbunyi sangat _______ . jawapannya sama ada ' kuat atau 'bising'. Terima kasih | i. Sebanjar batas. ii. Radio itu berbunyi sangat kuat. | Lain-lain | 28.02.2008 |
Adakah ayat berikut betul ataupun salah? 1. Ayah berkebun pokok bunga 2. Lili berkebun sayur-sayuran 3. Datuk Ali mencangkul di batas 4. Ali menyiram di atas pokok bunga | Ayat 1 dan 2 betul. Ayat 3: Datuk Ali mencangkul tanah di batas. Ayat 4: Ali menyiram pokok bunga. | Tatabahasa | 18.05.2016 |
Saya seorang pekerja am dari Kepala Batas Pulau Pinang,tahun ini baru umur 30. Harap dapat gaji yang puas dan boleh beri keluarga suasana yang bagus. | Sila kemukakan soalan tuan tentang masalah penggunaan bahasa dengan jelas. | Lain-lain | 10.10.2017 |
Setelah menabur benih sawi di atas batas yang digemburkan. Pak Song lantas menyiraminya. Munsyi, adakah lantas gramatis digunakan dalam ayat ini? TK | Lantas bermaksud terus dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.06.2012 |
Nor Liana SUN 21:50 Pustakawan kepala batas Tinggal di permatang sintuk. Ada jawatan kosong tak? Mcmana mahu mohon | Pihak puan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Permohonan perlu dihantar secara manual ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih. | Lain-lain | 01.01.2017 |
maksud wacana? | Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,dialog,bab,buku,siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. | Tatabahasa | 12.03.2013 |