Bolehkah "triple-A battery" dan "double-A battery" dipanggil "bateri tiga A" dan "bateri dua A"? | Cadangan padanan bagi istilah triple-A battery dalam bahasa Melayu ialah bateri tiga A dan istilah double-A battery dalam bahasa Melayu ialah bateri dua A. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.
| Lain-lain | 07.07.2024 |
Frasa yang mana kah lebih tepat sebagai terjemahan untuk istilah 'rechargeable battery'.....'bateri boleh dicas semula' atau 'bateri boleh diulang cas' ? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan rechargeable battery ialah bateri dapat dicas semula. | Istilah | 22.04.2009 |
Perkataan jawi untuk: KEDAI SERVIS BATERI KERETA KEDAI BASIKAL KEDAI RUNCIT | 1. PUSAT SERVIS BATERI KERETA = ڤوست سرۏيس باتري کريتا 2. KEDAI BASIKAL= کداي باسيکل 3. KEDAI RUNCIT = کداي رونچيت | Lain-lain | 13.11.2019 |
Assalamualaikum Tuan, Pertanyaan saya seperti berikut: - 1) “Junk cleaner analyzes background hibernate apps and running apps overheating your phone” diterjemahkan kepada “Pembersih sarap menganalisa aplikasi berehat sementara latar belakang dan aplikasi yang sedang berjalan yang menjadikan telefon anda terlampau panas”. Adakah “hibernate” sesuai diterjemahkan kepada “berehat sementara”, “hibernat” dan “hibernasi”? Jika tidak sesuai, diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan perkataan yang betul serta penggunaan imbuhan yang tepat. 2) “Battery Power Saver extend battery life by analyzing battery status and hibernating battery-draining apps.” diterjemahkan kepada “Penjimat Kuasa Bateri memanjangkan hayat bateri dangan menganalisa status bateri dan merehatkan sementara aplikasi pengalir bateri.” Adakah “hibernating” sesuai diterjemahkan kepada “merehatkan sementara”, “menghibernatkan” dan “menghibernasikan”. Jika tidak sesuai, diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan perkataan yang betul serta penggunaan imbuhan yang tepat. Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam. Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1) Pembersih sarap menganalisis aplikasi rehat sementara di latar belakang dan aplikasi sedang jalan yang menjadikan telefon anda terlampau panas. 2) Penjimat Kuasa Bateri memanjangkan hayat bateri dengan menganalisis status bateri dan aplikasi susut kuasa bateri yang sedang rehat sementara. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.03.2017 |
Bolehkah kami menyemak dengan tuan/puan sama ada perkataan/teks berikut adalah betul atau tidak? (a) Peranti Penghalau Nyamuk Kendalian Bateri (b) Tiada Soket Dinding Diperlukan (c) Mudah untuk menggantikan isian semula (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama 8 jam setiap hari (e) Teknologi Penghalau Nyamuk Terkini (f) Prestasi yang dipertingkatkan dengan alat kipas yang unik (g) Butang penunjuk LED (h) Port Masuk (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Intake Port”) (i) Tempat Penyebaran (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Diffuser Area”) | Berikut merupakan cadangan jawapan untuk pertanyaan Puan. Jawapan ini sama seperti yang telah dilampirkan untuk soalan bertarikh 1 Julai 2024. Frasa (c), (e), (g), (h) dan (i) betul. Frasa lain yang dibetulkan termasuklah (a) Peranti Penghalau Nyamuk Berbateri (b) Soket Dinding Tidak Diperlukan (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama lapan jam setiap hari, (f) Prestasi yang ditingkatkan dengan alat kipas yang unik. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 10.07.2024 |
Sekiranya saya ingin merujuk kepada 'a small pack of batteries/cigarettes' dalam Bahasa Melayu, yang manakah lebih tepat? Satu paket atau satu peket bateri/rokok? Atau kedua-duanya boleh digunakan? | Penggunaan yang betul ialah satu peket bateri/rokok. | Tatabahasa | 25.12.2019 |
Saya ingin menyemak penggunaan kata: 1. Pusat Selenggara & Baikpulih Bateri Sila nasihat jika penggunaan kata di atas boleh mendapat pengesahan bagi tujuan pengiklanan. Saya lampirkan contoh draf bagi rujukan pihak DBP. Terima Kasih | 1. Betulkan kepada PUSAT SELENGGARA DAN BAIK PULIH BATERI. Tukar & kepda DAN, dan ejaan dua perkataan untuk BAIK PULIH. 2. Letak titik untuk singkatan SDN. BHD. 3. Mohon hantar visual yang jelas semasa membuat permohonan untuk pengesahan bahasa Melayu. 4. Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 5. Bagi permohonan dalam talian, tuan perlu mendaftar dahulu untuk mendapatkan id akses dan kata laluan. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.09.2018 |
Apakah "Battery Electric Vehicle" dalam Bahasa Melayu? Kenderaan Elektrik Bateri? atau Kenderaan Elektrik Berbateri? | Cadangan istilah bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk "battery electric vehicle" ialah “kenderaan elektrik berbateri”. | Istilah | 09.05.2024 |
Salam Tuan. Saya ingin mendapatkan pengesahan dan penyemakan penggunaan perkataan bagi jenis aktiviti yang terkandung pada papan iklan. 1. Penyelenggaraan dan Pembaikan Bateri Saya berharap agar pihak DBP dapat memberi maklum balas dengan kadar segera. Terima kasih | Sila buat permohonan bagi semakan bahasa dalam iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 12.09.2018 |
Salam Sejahtera, Diminta bantuan perkataan JAWI untuk KEDAI BETERI. TERIMA KASIH | Salam sejahtera, Saudara, Perkataan jawi untuk KEDAI BATERI ialah كداي باتري
| Lain-lain | 09.06.2020 |