Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. series of connected cells for producing electricity, bateri; 2. set, series of things, a. (arranged together) deret(an): a ~ of knives, deretan pisau; a ~ of boilers, deretan dandang; b. (used together) deretan, barisan: she was nervous as she faced the ~ of cameras, dia berasa gemuruh sewaktu berhadapan dgn deretan kamera; c. (occurring together) rentetan: he responded to the ~ of questions with curt answers, dia menjawab rentetan soalan itu dgn singkat; 3. (leg.) menyerang sentuh; 4. (platform on which guns are mounted) bateri, penyangga meriam; 5. artillery unit, bateri, pasukan meriam; 6. (series of cages for rearing of poultry) sangkar. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata battery


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "triple-A battery" dan "double-A battery" dipanggil "bateri tiga A" dan "bateri dua A"?Cadangan padanan bagi istilah triple-A battery dalam bahasa Melayu ialah bateri tiga A dan istilah double-A battery dalam bahasa Melayu ialah bateri dua A. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu.

Lain-lain07.07.2024
Salam hormat. Mohon cadangan istilah yang sesuai bagi perkataan yang berikut: 1) Lithium cooper recloser, 2) 6-line recloser battery, 3) Battery with wire leads, 4) Lithium coin blister card/pack, 5) Battery pack assembly (process of integrating modules into metal or carbon-fiber composite enclosures that incorporate power, charging and temperature management features). Terima kasih.Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut:

1. Pembalut Tembaga Litium
2. Pembalut Bateri 6 Garisan
3. Bateri dengan Wayar Kabel
4. Pek/Kad Gelumbung Bulatan Litium
5. Himpunan Pek Bateri

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini adalah bergantung pada kesesuaian dan  konteks penggunaan tuan.
Lain-lain07.01.2021
Mohon terjemahkan istilah berikut: 1. Condenser Discharge Ignition (CDI) 2. Ignition timing 3. Before Top Dead Center 4. Ignition Coil Primary Winding 5. Starting battery 6. Deep cycle battery 7. Cell connector 8. Terminal post 9. Vent cap 10. Throttle body 11. Throttle position sensor 12. Idle air control 13. Manifold absolute pressure 14. Manifold air temperature 15. Vapor Separator 16. Fuel distributor 17. Fuel cooler 18. Pressure regulator 19. Engine coolant temperature sensor 20. Oil pressure switch 21. Crankshaft position sensor 22. Camshaft position sensor 23. Idle speed controlBagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk perkataan-perkataan ini, sila nyatakan konteks penggunaannya.Istilah07.01.2020
Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut; 1) Emergency break glass 2) Direct current standby battery free maintenance(Contoh : 12 volt /7AH DC standby battery (free maintenance) Salam hormat Rita1. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Emergency break glass ialah Kaca Pemecah Keselamatan.

2. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Direct current standby battery free maintenance dengan mengikut contoh yang diberikan seperti berikut: Bateri Pengganti 12 volt/7AH Arus Terus (Penyelenggaraan Percuma)
Istilah25.04.2018
Apakah "Battery Electric Vehicle" dalam Bahasa Melayu? Kenderaan Elektrik Bateri? atau Kenderaan Elektrik Berbateri?

Cadangan istilah bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk "battery electric vehicle"  ialah “kenderaan elektrik berbateri”.

Istilah09.05.2024
Apakah kata yang membawa maksud "battery-operated" dalam BM? Dan, apa kita panggil untuk "disposable nursing pads"?Kedua-dua istilah tersebut tiada dalam data DBP. Kami mencadangkan "battery-operated" diberikan padanan “kendalian bateri” dan "disposable nursing pads" ialah “pad susu pakai buang”.Penyemakan dan penterjemahan21.01.2015
Frasa yang mana kah lebih tepat sebagai terjemahan untuk istilah 'rechargeable battery'.....'bateri boleh dicas semula' atau 'bateri boleh diulang cas' ?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan rechargeable battery ialah bateri dapat dicas semula.Istilah22.04.2009
Assalamualaikum Tuan, Pertanyaan saya seperti berikut: - 1) “Junk cleaner analyzes background hibernate apps and running apps overheating your phone” diterjemahkan kepada “Pembersih sarap menganalisa aplikasi berehat sementara latar belakang dan aplikasi yang sedang berjalan yang menjadikan telefon anda terlampau panas”. Adakah “hibernate” sesuai diterjemahkan kepada “berehat sementara”, “hibernat” dan “hibernasi”? Jika tidak sesuai, diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan perkataan yang betul serta penggunaan imbuhan yang tepat. 2) “Battery Power Saver extend battery life by analyzing battery status and hibernating battery-draining apps.” diterjemahkan kepada “Penjimat Kuasa Bateri memanjangkan hayat bateri dangan menganalisa status bateri dan merehatkan sementara aplikasi pengalir bateri.” Adakah “hibernating” sesuai diterjemahkan kepada “merehatkan sementara”, “menghibernatkan” dan “menghibernasikan”. Jika tidak sesuai, diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan perkataan yang betul serta penggunaan imbuhan yang tepat. Sekian, terima kasih.

Waalaikumussalam. Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1)  Pembersih sarap menganalisis aplikasi rehat sementara di latar belakang dan aplikasi sedang jalan yang menjadikan telefon anda terlampau panas.

2)  Penjimat Kuasa Bateri memanjangkan hayat bateri dengan menganalisis status bateri dan aplikasi susut kuasa bateri yang sedang rehat sementara.

 

Sekian. Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan03.03.2017

Kembali ke atas