Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) batu pencetus api (pd pantik api dll); b) ki penghasut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ki orang yg suka menghasut orang lain supaya bergaduh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batu api


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud batu api?Batu api bermaksud penghasut.Makna15.03.2008
apakah makna peribahasa batu loncatan,batu api,bau-bau bacang,bahasa pasar,bendera putih,dan buah fikiran?Batu loncatan bermaksud pangkalan untuk tempat memulai sesuatu usaha. batu api bermaksud tukang hasut. bau-bau bacang bermaksud ada pertalian saudara(tetapi sudah jauh). bahasa pasar bermaksud bahasa kacukan, iaitu bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu apabila bertutur dengan orang Melayu yang tidak menguasainya  atau seperti yang dituturkan oleh orang Melyu yang diketahui tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bendera putih bermaksud tunduk atau menyerah kalah. Buah fikiran bermaksud pendapat, pertimbangan.    Lain-lain13.03.2008
"Kata-kata Siew Chin menjadi batu api hati Mona". Sila betulkan kesalahan pada ayat tersebut."batu hati" bermaksud "penghasut". Perkataan "batu api" dalam ayat tersebut tidak sesuai. Sila gantikan perkataan lain yang sesuai.Lain-lain15.10.2014
Salam sejahtera. Bagaimana hendak membezakan antara "spark" dengan "firework" kerana di sini ia diterjemahkan sebagai "bunga api" (sebenarnya kedua-dua itu mempunyai maksud dan konsep yang berbeza). Jadi adakah "percikan api" lebih sesuai untuk "spark" berbanding "bunga api". Harap boleh berikan keterangan lanjut.

Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, spark membawa maksud (1)  bunga  api yang dihasilkan apabila dua ketul batu saling digeselkan; (2) percikan api. Firework ialah bunga api. Dalam bahasa Melayu, sesuatu perkataan boleh dibezakan dengan konteks, contohnya, pesta bunga api – bunga api dalam konteks ini boleh merujuk pada firework, dan juga boleh merujuk pada spark apabila kita memahaminya sebagai pesta percikan api.

Istilah13.02.2014

Kembali ke atas