| Bolehkah perkataan Inggeris "stele" diterjemahkan kepada "batu bersurat" atau "prasasti" dalam bahasa mudah? | Cadangan padanan bahasa Melayu yang lebih tepat bagi istilah stele ialah batu bersurat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Lain-lain | 07.05.2026 |
| Antara jawapan berikut yang manakah betul. 1. Pada batu bersurat itu --------- undang-undang dan peraturan masyarakat zaman dahulu. A. bertulis B. tertulis 2. Encik Nordin menasihati anaknya agar tidak memakai pakaian yang ----------- A. menjolok mata B. mencolok mata | 1. Pada batu bersurat itu tertulis undang-undang dan peraturan masyarakat zaman dahulu. 2. Encik Nordin menasihati anaknya agar tidak memakai pakaian yang mencolok mata. | Tatabahasa | 29.10.2013 |
| maksud perkataan 'bala cara' sebab perkataan ini terdapat di batu bersurat Terengganu. Adakah perkataan ini sudah tidak digunakan lagi atau ianya tidak tersedia lagi di Kamus Dewan? Terima kasih DBP | Perkataan “balacara” merupakan perkataan arkaik (tidak digunakan lagi) yang berasal daripada bahasa Sanskrit membawa maksud “perzinaan” atau “berzina”. Sila rujuk buku Tarikh Sebenar Batu Bersurat Terengganu – Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?- Ahmat Adam. | Makna | 04.03.2022 |
| Salam sejahtera, Saya kini sedang belajar sejarah bahasa Melayu di universiti saya. Saya agak keliru dengan pengunaan tarikh Masihi berbanding dengan abad. Contohnya, sebuah batu bersurat dijumpai di Kuala Berang yang bertarikh 1303 Masihi. Abad ini juga dikenali sebagai abad ke-14. Setahu saya, seabad mengandungi 100 tahun. Mengikut kiraan, bukankah abad itu sepatutnya dikenali sebagai abad ke-13? Saya berharap tuan/puan dapat menyelesaikan kemusykilan saya. Sekian terima kasih. Yang benar, Brian Kumar | Kiraan abad bermula dari tahun 1 - 100 = abad pertama, 101 - 200 = abad ke-2, 201 - 300 = abad ke-3 dan begitulah seterusnya hingga tahun 1301 - 1400 = abad ke-14. | Lain-lain | 11.11.2010 |
| Tuan/Puan yang dihormati. Saya ingin merujuk kepada tuan/puan samada jawi untuk perkataan-perkataan seperti dalam lampiran adalah betul dan tepat, iaitu : 1) Warisan Persuratan Negara, 2) Hikayat Hang Tuah, 3) Batu Bersurat Terengganu, 4) Surat-surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 5) Sejarah Melayu - Sulalatus Salatin. Sekian, Terima Kasih. | Betulkan ejaan: سورت٢ سلطان عبد الحميد حليم شاه سلالة السلاطين | Ejaan | 28.09.2021 |
| sebagai badan bahasa yg diiktiraf dbp berperanan mengujudkan sejarah perkembangan bahsa melayu melalui urutan peristiwa dari mula asalnya hingga sekarang contohnya tahun600bc dijumpai tulisan kawi pada batu di lembah bujang 1380 batu bersurat di trengganu.......1400tun sri lanang.......1800 munshi abdullah......1950 zaaba....... kronologi ini penting untuk rujukan anak cucu kita.saya berharap sejarah perkembangan bahasa melayu dapat meningkat nilai ketamadunan kita pada masa ini juga ujud perang maya yg mengatakan bahasa melayu hari ini berasal dari indo,padahal kita tahu bahasa melayu moden berasal dari kesultanan johor di riau,harap dlm waktu terdekat segera dipatenkan bahawa bahasa melayu moden berasal dari m'sia,jadi jgn terlambat sebelum indo memetenkan dulu...sekian | Encik Arsad terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Terima kasih atas pandangan Sdr. sejerah mengenai perkembangan bahasa Melayu memang telah banyak dibukukan dan telah banyak juga diperkatakan/dibincangkan serta dijadikan bahan pameran setiap kali kita mengadakan simposium. seminar. konvensyen dan sebagainya. Tetapi tidaklah sampai kita perlu mempatenkannya. Namun pandangan Sdr. itu ada benarnya dan rasanya telah sampai masanya untuk kita, terutama ahli dan pakar bahasa memikirkan persoalan seperti ini. Untuk pengetahuan Sdr. juga sebenarnya kita adalah pemegang hak cipta bagi setiap buku yang kita terbitkan. | Lain-lain | 03.09.2009 |
| Saya Safeena Marga Pitaksuksan Pelajar Universiti Fatoni Selatan Thailand ingin bertanya DBP maklumat tentang pengaruh Bahasa Arab | Ya, bahasa Melayu memang berkait rapat dengan bahasa Arab. Banyak kata-kata Arab terserap dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-13 lagi sejak penemuan batu bersurat Terengganu. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu merupakan pengaruh terkuat kemasukan/peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu. Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa". | Lain-lain | 28.01.2017 |
| Saya Safeena Marga Pitaksuksan Pelajar Universiti Fatoni Selatan Thailand ingin bertanya DBP tentang Pengaruh Bahasa Arab Terimakasih | Ya, bahasa Melayu memang berkait rapat dengan bahasa Arab. Banyak kata-kata Arab terserap dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-13 lagi sejak penemuan batu bersurat Terengganu. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu merupakan pengaruh terkuat kemasukan/peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu. Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa". | Lain-lain | 28.01.2017 |
| ADAKAH BAHASA MELAYU BERKAIT RAPAT DENGAN BAHASA ARAB??? HARAP DAPAT DIJAWAB DENGAN SEGERA.... TERIMA KASIH. | Ya, bahasa Melayu memang berkait rapat dengan bahasa Arab. Banyak kata-kata Arab terserap dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-13 lagi sejak penemuan batu bersurat Terengganu. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu merupakan pengaruh terkuat kemasukan/peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 20.04.2009 |
| Boleh berikan definisi bagi tajuk " Bahasa Melayu Abad Ke Tujuh" ? | Bahasa Melayu abad ketujuh bermaksud bahasa Melayu yang digunakan oleh kerajaan Melayu pada abad ketujuh di daerah Jambi, Sumatera. Bahasa Melayu pada masa itu disebut bahasa Melayu kuno yang menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. | Makna | 08.01.2008 |