Apakah 'coral' dan 'coral reef' dalam bahasa Melayu? Apakah maksud terumbu karang? Terumbu karang dan batu karang laut sama maksudnya? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal. | Makna | 01.02.2014 |
apakah perbezaan antara pekarangan dengan perkarangan? adakah kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu kawasan halaman? atau batu karang di laut untuk perkarangan? | Pekarangan ialah halaman rumah, perkarangan atau disebut juga karangan ialah batu karang. | Tatabahasa | 05.10.2014 |
adakah perkarangan ada maknanya? | Perkarangan ialah batu karang, dan satu lagi perkataan yang hampir sama ejaannya iaitu pekarangan ialah halaman rumah. | Makna | 13.03.2010 |
PERKARANGAN ATAU PEKARANGAN | Pekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 20.06.2010 |
apakah perbezaan antara pekarangan dan perkarangan | Bezanya ialah pekarangan ialah halaman rumah, perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut. | Makna | 06.01.2010 |
Yang mana betul? Pekarangan rumah atau perkarangan rumah. | Pekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan pula ialah batu karang. Sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat untuk keterangan lanjut. | Makna | 03.03.2015 |
Salam, apakah terjemahan yang sesuai untuk aktiviti snorkeling?Atau adakah boleh digunakan perkataan itu?Perlukah saya menggunakan style italic? Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan, terdapat perkataan "bersnorkel" yang membawa maksud - berenang dengan memakai snorkel, contoh ayat: Saya dan rakan-rakan dibawa ~ utk melihat keindahan batu karang di perairan pulau itu. DBP juga pernah mencadangkan "selam snorkel" untuk perkataan bahasa Inggeris snorkeling. | Makna | 12.02.2014 |
Adakah kedua-dua perkataan, 'pekarangan' dan 'perkarangan', boleh diguna pakai untuk merujuk kepada 'halaman rumah' seperti yang terdapat dalam kamus dewan eidsi keempat? | Menurut data kami, pekarangan ialah halaman rumah, manakala perkarangan atau disebut juga karangan ialah batu karang. | Makna | 11.01.2017 |
Terumbu karang merupakan sejenis haiwan laut. Betulkah ini definisi bagi perkataan terumbu karang? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.
| Makna | 18.05.2020 |
Tuan, Ayat dalam petikan. Keistimewaan pulau ini ialah terumbu karang yang terbesar di Asia yang mampu menggamit pengunjung dengan batu karangnya yang tumbuh mengelilingi pulau ini serta kawasan pantai yang cantik. Soalannya: Perkataan menggamit dalam petikan bermaksud ? A. memanggil B. memerhati C. menarik D. mencuit Yang manakah jawapannya? | Menggamit sama maksudnya dengan mencuit, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menggamit. | Tatabahasa | 26.06.2012 |