Assalam Tuan, Saya keliru dalam menggunakan ialah dan adalah. Harap dapat tuan beri pencerahan. Disertakan teks di bawah. Terima kasih. Suhaimi. Rekabentuk kulit buku ini adalah artefak jumpaan batu nisan Aceh di Selangor. Nisan batu Aceh ini dijumpai di tapak Kampung Kedah, Kuala Selangor. (N 03° 22’ 095”- E 101° 17’ 692) Berdasarkan dari bentuk nisan batu Aceh ini adalah dari tipologi L. Pemilihan artefak ini sebagai gambar kulit depan buku adalah berdasarkan daripada keunikan bentuk dan motif batu nisan. Ini adalah bagi memaparkan nisan batu Aceh dari tipologi L kerana sebelum ini penerbitan berkaitan nisan batu Aceh umumnya memaparkan tipologi C. Paparan gambar batu nisan Aceh ini diambil secara insitu, seperti mana keadaan sebenar nisan batu Aceh di tapak. Secara visual gambar yang dipaparkan adalah tidak secara menyeluruh tetapi hanya menunjukkan dengan jelas bahagian puncak dan kepala nisan Batu Aceh yang mempunyai motif teratai. Bentuk dan keterangan lanjut mengenai nisan batu Aceh ini akan dipersembahkan dalam buku ini. | Berikut ayat yang telah dibetulkan penggunaan tatabahasa: Reka bentuk kulit buku ini ialah artifak jumpaan batu nisan Aceh di Selangor. Batu nisan Aceh ini dijumpai di tapak Kampung Kedah, Kuala Selangor (N 03° 22’ 095”- E 101° 17’ 692). Berdasarkan daripada bentuk batu nisan Aceh ini adalah dari tipologi L. Pemilihan artifak ini sebagai gambar kulit depan buku berdasarkan kepada keunikan bentuk dan motif batu nisan. Perkara ini adalah bagi memaparkan nisan batu Aceh daripada tipologi L kerana sebelum ini penerbitan berkaitan nisan batu Aceh umumnya memaparkan tipologi C. Paparan gambar batu nisan Aceh ini diambil secara insitu, seperti keadaan sebenar batu nisan Aceh di tapak. Secara visual gambar yang dipaparkan tidak secara menyeluruh tetapi hanya menunjukkan dengan jelas bahagian puncak dan kepala nisan batu Aceh yang mempunyai motif teratai. Bentuk dan keterangan lanjut mengenai nisan batu Aceh ini akan dipersembahkan dalam buku ini. Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. | Tatabahasa | 07.04.2015 |
Encik, Antara dua ayat berikut, manakah yang betul? 1. Batu itu dapat saya angkat. 2. Batu itu terangkat oleh saya. Persoalannya, ayat pasif untuk kata diri pertama 'saya' bolehkah didahului perkataan 'oleh'? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul. Ini berdasarakan penerangan berikut. Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek sebagai judul. Apabila objek (selepas kata kertja transitif) hendak ditekankan, maka objek itu dibawa ke hadapan. Bentuk ayat aktif ditukar menjadi bentuk ayat pasif. Bentuk kata kerja berawalan meN.... (mengangkat) dalam ayat aktif bertukar menjadi bentuk di- dan diikuti kata sendi oleh... | Tatabahasa | 05.04.2009 |
1. Pilih ayat yang betul. a) Saya baru tiba ke Batu Pahat. b) Meja itu diperbuat daripada kayu jati. c) Hadiah itu diberikan kepada Leong. d) Kami menunggunya pada pukul 4:00 petang. 2. Bolehkah tuan terangkan apakah kesalahan pada ayat-ayat di atas? 3) Apakah perbezaan penggunaan bagi dibuat dan diperbuat ? 4. Adakah dengan digolongkan sebagai pembentukkan ayat majmuk ? 5. Adakah majlis penyampaian hadiah ditulis dengan huruf besar ? | 1) Saya baru tiba ke Batu Pahat. Salah - yang betul, ...tiba di Batu Pahat. 2) Meja itu diperbuat daripada kayu jati. Betul 3) Hadiah itu diberikan kepada Leong. Salah, ayat tak lengkap. 4) Kami menunggunya pada pukul 4:00 petang. Betul 5) Membuat dan memperbuat sama maksudnya, maka bentuk pasifnya dibuat dan diperbuat juga sama. 6) Kata dengan boleh berfungsi sebagai kata hubung atau kata sendi nama, bergantung pada konteks penggunaannya. 7) Majlis Penyampaian Hadiah. | Tatabahasa | 17.06.2015 |
Bentuk pasif yang betul ialah "Batu itu saya tersepak." Untuk maklumat lanjut tentang awalan "ter-", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 170 - 175. Itu ialah jawapan tuan tentang bentuk kata kerja pasif dalam binaan ayat apabila menggunakan kata ganti nama diri orang pertama. Dalam Tatabahasa Dewan m/s 170-175 tiada penerangan khusus tentang penggunaan 'saya' dalam ayat pasif dengan kata kerja pasif 'ter'. Untuk pengetahuan tuan, jawapan tuan tidak konsisten. Pada masa yang lain tuan jawab begini Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama. (21.09.2012). Adakah adanya kata nafi 'tidak' membenarkan alasan jawapan tuan? Masalah utamanya ialah PRPM ruangan Khidmat Nasihat sering menjadi rujukan pelajar dan pengguna bahasa tentang pelbagai masalah bahasa dan jawapan tuan menjadi pegangan mereka. Jawapan yang tidak konsisten menyukarkan guru-guru untuk menjelaskan masalah kebahasaan seperti yang saya nyatakan. Sebanarnya yang mana jawapan yang betul? | Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Setelah berbincang dengan munsyi dewan, ayat yang betul ialah "Batu itu tersepak oleh saya." Kekeliruan timbul apabila melibatkan ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama iaitu saya. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat pasif dengan kata kerja di- digunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif ter-, kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 490. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
Salam sejahtera. Ayat berikut yang manakah betul penggunaan kata sendinya. Ayat (1): Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat (2): Swee Ling menulis alamat rumah pada sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat 3: Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Ayat (4): Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan pada batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah “di atas”, iaitu (1); Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya dan Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada pada. Contohnya: ...pada pukul tujuh pagi; Wang itu ada pada ibu dan kaki lembu itu disangkutkan pada cangkuk besi. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 265-266 dan 274-275. | Tatabahasa | 20.02.2014 |
Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri. dari atau daripada yang lebih sesuai dalam ayat di atas? | Penggunaan kata sendi "dari" dan "daripada" dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 06.11.2020 |
Ayat utama:Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air dan menghalang sinaran matahari ke dasar sungai. Ayat yang kedua:Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung atas permukaan air dan menghalang sinaran matahari dari dasar sungai. Saya nak bertanyakan soalan ni manakah ayat yang betul? Sebenarnya penggunaan kata sendi nama di digunakan Arah,Tempat,dan masa.Saya ada keliru soalan ini.Mohon Tuan/Puan boleh memberi penerangan yang jelas. | Sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap. Contohnya: Aku berdiri di dalam sungai sambil mencuci kain di atas sekeping batu leper. Ayat yang betul ialah: Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air dan menghalang sinaran matahari ke dasar sungai. | Lain-lain | 05.01.2021 |
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA | Puan Norfaharin, Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri. Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: perlanggaranperihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; pelanggaran1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.meniduri1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama. | Tatabahasa | 18.03.2009 |