Adakah perkataan "baucer" dan "baucar" digunakan secara berlainan? Apa perbezaannya? | Ejaan yang betul ialah baucar. | Ejaan | 10.05.2013 |
Saya telah merujuk Koleksi Lembar Bahasa 1/2007, perkataan "Baucer" dikatakan ejaannya salah yang sepatutnya "Baucar". Namun demikian, apabila "carian kata" DBP disemak, perkataan "Baucer" masih diterima pakai. Yang mana satu betul? | Ejaan yang betul ialah baucar yang bermaksud dokumen yg menunjukkan bahawa wang telah dibayar bagi barang-barang dll yg telah diterima. | Ejaan | 10.05.2013 |
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2)Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3)Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini. | 1) Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2) Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3) Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
EJAAN MANA YANG BETUL : BAUCER ATAU BAUCAR | Yang betul ialah baucar. | Ejaan | 04.12.2007 |
Apakah perbezaan maksud di antara 'baucer' dengan 'baucar'? | Ejaan yang betul ialah baucar. | Ejaan | 22.02.2013 |
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Berkenaan dengan penggunaan perkataan "dalam/dalaman" untuk audit. Yang manakah yang lebih tepat dan betul? Audit dalam atau audit dalaman? | Assalamualaikum Encik Hanafi, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, audit dalam bermaksud pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri untuk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dengan betul. Menurut istilah bahasa Melayu pula, audit dalaman pula digunakan dalam bidang pentadbiran dan istilah sumbernya ialah "internal audit'. Audit dalaman membawa maksud pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan segala perbelanjaan yang dilakukan dalam sesuatu organisasi bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian perakaunan organisasi tersebut. Bahagian yang sering menerima audit dalaman ialah bahagian pentadbiran yang melibatkan penyemakan segala perbelanjaan dan penggunaan barangan pejabat. Dalam pengauditan dalaman, semua baucer, invois dan dokumen lain diperiksa ketepatan dan kesahihannya sebelum dibayar atau direkod secara rasmi. Kesimpulannya, kedua-dua perkataan diterima namun pemilihan kata yang sesuai mestilah berdasarkan konteks ayat. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 30.01.2018 |