Apa kata lawan bagi perkataan 'fitrah' (tabiat, sifat semulajadi). Sekian, terima kasih. | Fitrah bermaksud tabii, iaitu mengikut sifat (keadaan, pembawaan dll) yang asli atau yang semula jadi. Dalam sumber rujukan kami tidak ada satu perkataan khusus yang menjadi kata lawan bagi kata fitrah, kata lawan yang berdekatan dengan maksud fitrah ialah sifat yang terhasil melalui rekaan, ciptaan, lakonan dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.12.2010 |
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan bagi mengantikan perkataan 'VVIP','VIP', dan 'Portluck?. Selain itu, apakah perbezaan ketara antara 'VVIP' dengan 'VIP'.? | 1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan. 2. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vip dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vvip . | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2017 |
Apakah maksud yang tepat dalam bahasa melayu bagi membezakan terma "food safety" dan "food security"? Adakah terdapat maksud yang spesifik antara kedua terma tersebut? | Menurut istilah bahasa Melayu maksud food safety ialah keselamatan makanan yang bermaksud Disiplin saintifik yang menerangkan pengendalian, penyediaan dan penyimpanan makanan untuk mencegah pencemaran dan penyakit bawaan makanan. Keselamatan makanan meliputi beberapa rutin yang perlu diikuti bagi mengelakkan kemungkinan bahaya kimia, fizikal dan biologi yang akan berlaku manakala food security ialah keselamatan makanan yang bermaksud masa tanpa mengira keadaan fizikal, sosial dan ekonomi. Bekalan makanan tersebut perlu memenuhi keperluan pemakanan untuk kehidupan yang aktif dan sihat. | Makna | 30.12.2019 |
(1) Salam tuan...sering kali kita mendengar orang menggunakan perkataan 'potluck' untuk makan beramai-ramai.Apa istilah bahasa Melayu yang paling tepat untuk menggantikan perkataan ini? Begitu juga perkataan 'check point' untuk acara merentas desa. (2) Kebiasaan saya dapati orang menulis b. untuk bin dan bt. untuk binti.Adakah cara penulisan tersebut betul?Harap dapat membantu.T.kasih tuan. | 1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan. 2. Istilah untuk "check point" ialah tempat pemeriksaan. 3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan singkatan untuk bin dan binti ialah b. dan bt. | Istilah | 28.04.2012 |