Manakah antara berikut adalah betul? A. Sebagai eksekutif sumber manusia, nasihatkan Faridah mengenai terma dan syarat di bawak kontrak perkhidmatan. B. Sebagai Eksekutif Sumber Manusia, nasihatkan Faridah mengenai terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan. | Ayat yang betul ialah 'Sebagai Eksekutif Sumber Manusia, Faridah diberikan maklumat tentang terma dan syarat kontrak perkhidmatan'. | Tatabahasa | 21.06.2023 |
Salam sejahtera, Saya ingin lebih memahami, apakah kriteria sesuatu perkataan dapat tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus. Kerana saya lihat ada beberapa pertkataan yang tidak saya duga di klasifikan sebagai bahasa pasar (bp), tetapi ternyata sebaliknya. Contoh sepert: "ujan" "bapak" dll yg mana begitulah perkataannya di ucapkan dalam ranah tidak rasmi, dengan penghilangan "h" pada "hujan" dan penambahan "k" pada "bapa". Manakala perkataan seperti berikut tidak tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus: "paham", "pikir", "bawak", "pulak","utang" Dan saya pasti masih ada banyak perkataan lainnya. Dengan jawapannya, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah | Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing. Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus.
| Tatabahasa | 07.04.2020 |