Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah terjemahan untuk Bay Leaf. Dalam PRPM tertulis takrif dalam BM ialah Daun Bay. Namun bila saya buat carian Bay Leave, saya berjumap istilah sasar BM adalah Daun Salam. Jadi, apakah termajan sebenar untuk Bay Leaf? kita kekalkan Daun Bay atau Daun Salam. Terima kasih. | Daun bay dan daun salam merujuk herba yang sama, iaitu bay leaf, kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.04.2015 |
1)loading bay 2)ramp 3)reeder pillar | 1)ruang punggah 2)tanjakan 3)peti pembekal | Istilah | 14.12.2011 |
Loading Bay dalam bahasa melayu | Loading Bay = Ruang Punggah | Makna | 01.10.2018 |
Apakah istilah "Wash Bay" di tapak pembinaan dalam Bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah wash bay ialah ruang cuci. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.07.2023 |
Mohd Farid May 28th, 9:57am As salam. Saya menerima honorarium dari pihak tetuan dewan bahasa 0008972/15 BAY... Mohd Farid May 28th, 9:57am Saya inginkan kepastian untuk apakah bayaran tersebut? Mohd Farid May 28th, 12:37pm Onorium penyumbang tetuan dewan bahasa 0008972/15 BAY Mohd Farid May 28th, 12:37pm Apakah maksudnya? | Sila hubungi Bahagian Kewangan dan Bekalan DBP melalui talian 03-21479071. | Lain-lain | 28.05.2015 |
istilah - istilah berikut dalam BM : 1. Pagar anti-climb 2. Wash bay (di tapak pembinaan) 3. Focal point 4. Ramp 5. Park and Ride 6. Smart Parking 7. Waste to Wealth 8. Electricity Smart Metering 9. Smart Bin 10. Rubble Pitching Wall | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti climb fence ialah pagar anti panjat, wash bay ialah ruang cuci, focal point ialah titik fokus, ramp ialah tanjakan, park and ride ialah pandu dan rantau, smart parking ialah tempat letak kereta pintar, waste to wealth ialah sisa ke sumber, electricity smart metering ialah permeteran pintar elektrik, smart bin ialah tong pintar, dan rubble pitching wall ialah tembok mengunjam batu. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.07.2023 |
Apakah perkataan 'multiple bay' dalam bahasa melayu? | Soalan saudara akan dipanjangkan ke Bahagian peristilahan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel | Istilah | 09.07.2014 |
Saya ingin menubuhkan persatuan. Cadangan nama persatuan ialah: PERSATUAN PEMILIK APARTMEN TIARA BAY RESORT PORT DICKSON Adakah nama persatuan diatas betul dari segi bahasa, ejaan, nahu dan dll. Terima kasih | Cadangan nama diperakui betul dan mengikut struktur bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.03.2011 |
Huraikan istilah-istilah berikut: fai,jizyah,usyur,ghanimah,mudharabah,murabahah,musyarakah,al-bay'bi thaman ajil. | Makna perkatan-perkataan tersebut ialah; Jizyah=cukai yg dibayar oleh orang (atau negeri) bukan Islam kpd negeri (atau raja) Islam yg menaklukinya. Usyur=sepersepuluh drpd harta dll. Ghanimah=harta rampasan perang. Mudarabah=pemberian modal (kpd orang, badan, institusi, dsb) utk diperniagakan dgn pembahagian keuntungan menurut perjanjian. Musyarakah=persyarikatan perdagangan, syarikat perniagaan, perkongsian; 2. ark masyarakat; masyarakat. Harap maklum. | Makna | 22.10.2007 |
Ingin minta bantuan tuan / puan tentang terjemahan ayat berikut dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia: Ayat asal: High Clearance of 5.4m in the Front Entrance of Loading Bay Ayat terjemahan: • 5.4m Pemuatan Depan Tinggi • Ruang punggah hadapan dengan ketinggian 5.4m • Ruang Hadapan yang berketinggian 5.4m Ingin mendapat cadangan tuan / puan, adalah ayat terjemahan di atas betul? Terima Kasih. | 1. Terjemahan yang sesuai bagi 'High Clearance of 5.4m in the Front Entrance of Loading Bay' ialah Ketinggian laluan masuk ruang punggah 5.4 m | Makna | 26.06.2020 |