bagaimanakah penggunaan tanda koma yang sebetulnya dalam ayat: Kami membeli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam kangkung sawi dan kobis. Adakah 'simpati' satu perkataan ataupun berasal dari 'simpat' dengan imbuhan akhiran 'i'? Sekian terima kasih. | Tanda koma berfungsi sebagai i. unsur pemisah kata dan frasa yang berurutan. Contoh, kami membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis; Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. ii. Mengapit aposisi"dan sebaginya","dan yang lain", dan seumpamanya. Contoh, Sayur kubis, bayam,salad,kangkung,sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani. Perkataan 'simpati' ialah satu perkataan dan bukan daripada perkataan 'simpat' dengan imbuhan akhiran'i'. Makna perkataan 'simpati' ialah 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb bagi tujuan tertentu; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 11.08.2009 |
Yang mana jawapan paling sesuai? Emak membeli empat______petai dan se______ bayam di pasar. a) ikat....ikat b) papan....ikat C) ikat.....cekak d) papan.......cekak | Jawapan yang sesuai untuk soalan tersebut ialah: b) papan...ikat d) papan...cekak Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya, manakala seikat ialah penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Tuan, sekarang didapati kebanyakan surat menyurat telah tidak lagi menggunakan tanda koma (,) dan noktah (.) di dalam alamat surat menyurat. Contohnya: Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu Aras 6 Wisma Persekutuan Jalan Bayam 16100 Kota Bharu Apa yang saya belajar dahulu, apabila di setiap hujung lamat yang kita taip mesti dimasukkan tanda koma dan noktah. Apakah pendirian DBP sekarang? mana yang betul dan mana yang sebaliknya? Terima kasih. | Dari aspek bahasa penggunaan tanda koma dan noktah dalam alamat surat dikekalkan. Walau bagaimanpun Pos Malaysia tidak menggunakan tanda tersebut kerana alamat surat-menyurat ditulis dalam baris-baris berbeza. Cadangan kami, jika tuan mengekalkan tanda tersebut, penggunaannya harus lengkap (ada koma dan noktah) dan tekal pada semua alamat. | Lain-lain | 22.04.2012 |
Saya mempunyai beberapa soalan.Pertama sekali, saya ingin tanya boleh tak guna ayat ''kata-kata aluan'' atau ''kata alu-aluan'' . Boleh tak kalau saya nak minta buku-buku terkini dari dewan bahasa kerana saya masih tidak mahir banyak lagi mengenai tatabahasa dengan terperinci.Ini alamat saya: Lot 289, Kampung Guchil Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan. | Yang betul ialah kata alu-aluan. Bagi mendalami pengetahuan tentang tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 29.07.2008 |
Selamat sejahtera,saya ingin mengemukakan sebuah solan yang berkaitan dengan tanda baca. 1.Kita perlukah tanda baca (,) sebelum pekataan"dan"? | Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan". Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. | Tatabahasa | 05.05.2013 |
Penggunaan koma selepas perkataan "dan". Bila perlukan koma dan bila tidak perlukan koma? | Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan". Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. | Tatabahasa | 09.09.2009 |