Salam. Saya sedang berbengkel untuk buku teks Sains. Dalam perbincangan berkaitan "Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang". Selama ini, kita hanya diberitahu faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang ialah kedudukan objek dan saiz objek. Malangnya, dalam perbincangan ini, timbul satu isu berhubung faktor lain yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang iaitu ORIENTASI objek. ORIENTASI yang dimaksudkan di sini ialah keadaan/kedudukan objek (botol) yang disengetkan, terbalik, terbaring dll. Adakah terma yang digunakan ini tepat? | Dalam Kamus Dewan, kedudukan bermaksud keadaan yang sebenar, dan keadaan ialah hal atau kedudukan pada sesuatu ketika. Pada pandangan kami senget atau terbalik masih boleh diklasifikasikan dalam kedudukan sesuatu objek, melainkan ada dapatan lain/baharu yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini, ada baiknya dapatan yang ditemukan (jika persis) dibincangkan dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. | Tatabahasa | 19.01.2014 |
"Saya ingin bertanya : Apakah penjodoh bilangan untuk bayang-bayang ?" | Untuk makluman, tidak semua perkataan memerlukan penjodoh bilangan. Oleh itu, bayang-bayang tidak mempunyai penjodoh bilangan yang khusus. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
Apakah istilah yang sesuai untuk menerangkan perubahan arah sesuatu objek apabila kita putarkan objek itu? Dilampirkan istilah dan penerangan yang saya rasa sesuai dalam lampiran. | Soalan yang dikemukakan berkaitan dengan soalan sebelum ini, iaitu faktor baharu yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang. Jawapan kami: "Dalam Kamus Dewan, kedudukan bermaksud keadaan yang sebenar, dan keadaan ialah hal atau kedudukan pada sesuatu ketika. Pada pandangan kami senget atau terbalik masih boleh diklasifikasikan dalam kedudukan sesuatu objek, melainkan ada dapatan lain/baharu yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini, ada baiknya dapatan yang ditemukan (jika persis) dibincangkan dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP." Maklumat tambahan yang dapat kami berikan, dalam bidang Matematik orientasi diterjemahkan kepada penentuan hala terhadap sesuatu, atau hala, seperti ikut arah jam, lawan arah jam, sebelah kiri, sebelah kanan, dan sebagainya. Berdasarkan visual yang dilampirkan, pergerakan yang berlaku ialah lawan arah jam. Oleh itu, pada pandangan kami perkataan hala boleh digunakan. | Tatabahasa | 19.01.2014 |