| Assalamualaikum. Saya ingin melanggan majalah pelita bahasa. Bagaimana caranya dan berapa bayarannya? | Saudara boleh melanggan majalah Pelita Bahasa melalui portal dbpniaga.my. Saudara juga boleh mendapatkan maklumat penerbitan DBP yang lain melalui portal tersebut. | Lain-lain | 16.06.2023 |
| Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ | Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak DBP adalah seperti yang berikut: i. Terbit di majalah a) Dewasa/umum = RM 300.00/siaran b) Remaja = RM 200.00/siaran c) Kanak-kanak = RM 100.00/siaran ii. Jurnal = RM 300.00/siaran iii. Tabloid = RM 100.00/siaran Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam. | Lain-lain | 08.10.2008 |
| Saya ingin memohon kelulusan signboard untuk urusan lesen perniagaan. Adakah permohonan pengesahan signboard boleh dimohon melalui email dan berapakah bayarannya?Berapakah saiz kertas yang perlu dihantar? | Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan dalam saiz kertas yang bersesuaian. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali pada hari Jumaat, iaitu kaunter akan ditutup sebentar pada pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dan bayaran perkhidmatan dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.
| Lain-lain | 15.11.2019 |
| TAHUN 2020. TAHUN 4 MENGGUNAKAN BUKU TEKS YANG BARU KELUARAN DBP BILAKAH DAN BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT BUKU TERSEBUT. DAN CARA. ORDER DAN BAYARANNYA | Salam tuan budiman, Buku tersebut boleh di beli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP, bermula pada bulan Januari tahun 2020 Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih | Lain-lain | 27.11.2019 |
| assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan perkhidmatan menyemak terjemahan soal selidik (BI-BM). Adakah pihak DBP menyediakan perkhidmatan ini? Sekiranya ada, bagaimana prosedur dan bayarannya? Bersama-sama ini saya sertakan soal selidik yang telah diterjemahkan untuk disemak. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. | Kami tidak menyediakan khidmat semakan terjemahan untuk dokumen. Namun begitu, kami tidak keberatan untuk membantu jika semakan tersebut tidak melebihi satu halaman penuh. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2015 |
| Saya mahu menerbitkan karya (novel) dalam format digital. Soalan saya, bagaimana saya boleh melindungi karya saya, mendapatkan kod ISBN. 2. Adakah DBP menyediakan khidmat editing manuskrip dan berapa bayarannya? 3. Adakah DBP ada menyediakan khidmat terjemahan? dari B. Melayu ke B. Inggeris?. Terima kasih | Assalamualaikum, Puan, Untuk mendapatkan International Standard Book Number (ISBN), puan perlu memohon daripada pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Untuk soalan kedua puan, DBP tidak menyediakan khidmat penyuntingan sekiranya buku itu bukan untuk diterbitkan oleh DBP. Walau bagaimanapun, DBP mempunyai editor yang mungkin bersedia untuk membantu puan membuat penyuntingan sebagai tugasan luar (peribadi). Tentang bayaran, puan boleh berbincang dengan individu yang berkenaan. Demikian juga halnya dengan khidmat terjemahan. Fungsi itu sudah diambil alih oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Selain daripada itu, puan boleh berurusan dengan pihak Persatuan Penterjemah Malaysia yang berpejabat di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 25.04.2014 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya hendak minta sedikit anggaran bayaran yang dikenakan sebelum saya mendapatkan maklum lanjut; untuk menjemput pihak akademik DBP dalam bengkel penulisan khususnya penulisan jenis travelog. Kalau bengkel dianjurkan oleh pelajar daripada IPT, adakah bayarannya seperti yang tertera dalam laman web akademik DBP? | Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan kursus diselaras dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 19.10.2015 |
| assalam,boleh jelaskan langkah-langkah atau proses yang perlu saya hadapi setelah saya selesai menterjemahkan sesebuah kitab (Bahasa Arab kepada Bahasa Malaysia)? | Sebelum proses menterjemah dilakukan, terlebih dahulu hendaklah mendapatkan izin daripada penerbit asal. Setelah diberi izin, barulah kerja menterjemah dimulakan. Penerbit asal akan mengenakan syarat tertentu beserta kadar bayarannya. | Lain-lain | 05.12.2006 |
| Assalammualaikum tuan/puan Semoga kumpulan DBP berada di dalam rahmat Allah dan Rasulnya. Saya ingin bertanya jika DBP ada menyediakan khidmat menyunting manuskrip kumpulan cerpen/novel untuk diterbit. Bagaimana cara menghantar dan kadar bayaran jika ada khidmat sedemikian. Salam takzim Hassan Ali | Waalaikumussalam. Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai kumpulan editor yang menguruskan penerbitan manuskrip dalam pelbagai bidang untuk diterbitkan oleh DBP. DBP tidak menyediakan khidmat penyuntingan secara rasmi kepada individu yang inginkan manuskripnya diterbitkan oleh penerbit lain. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan memerlukan khidmat penyuntingan oleh editor DBP, hal ini hendaklah diuruskan berdasarkan perbincangan tuan dengan editor yang berkenaan secara peribadi (khidmat peribadi di luar waktu pejabat, bukan tugas rasmi). Kadar bayarannya juga tertakluk kepada perbincangan antara tuan dengan editor yang berkenaan. Sekian, semoga dapat membantu tuan dalam hal ini. Terima kasih. | Lain-lain | 17.11.2016 |
| Salam sejahtera... 1. Adakah perkataan "keliru" tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja ? 2. Apakah perbezaan penggunaan kata "boleh" dan "dapat" ? 3. "Harjit gagal dalam ujian itu kerana tidak menduduki peperiksaan". Yang manakah klausa utama dalam ayat tersebut ? Terima kasih. | 1. Perkataan keliru boleh tergolong dalam kata adjektif dan juga kata kerja. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, boleh bermaksud 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala dapat bermaksud 1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. 3. Klausa utama dalam ayat itu ialah Harjit gagal dalam ujian itu. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman433. | Tatabahasa | 23.10.2009 |