I Jawatan pengurus yang disandang oleh Encik Kamal dalam syarikat itu sekadar panas kerusi sahaja kerana dia tidak berusaha untuk memajukannya. II Bayi itu menangis semalam-malaman kerana menghidap deman panas. III Dalam usaha melariskan jualannya, pihak akhar akan menyiarkan berita-berita panas pada muka hadapan. IV Sikap panas baran perlu dielakkan oleh setiap orang bagi mengelakkan pertelingkahan. Soalan saya ialah mengapakah perkataan panas tidak tepat dalam ayat I? Jika salah, apakah kesalahannya? terima kasih | Dalam ayat I, penggunaan kata panas tidak betul atau tidak gramatis kerana kata tersebut seharusnya menerima imbuhan meN menjadi memanaskan kerusi bukan panas kerusi. | Tatabahasa | 14.06.2008 |
I Saya hendak menemukan Musalmah petang ini. II Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya. IV Pada masa itu, saya sedang tidur. A I dan II B II dan III C III dan IV D I, III, dan IV | Ayat II dan II betul. II. Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III. Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya.
| Tatabahasa | 03.10.2013 |
Adakah ayat di bawah betul? Sekiranya ayat tersebut betul atau salah saya minta tuan terangkan sebab ayat : i. Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali. ii. Lampu pelita minyak tanah itu tertutup apabila ditiup angin. | i. Ayat "Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali" betul kerana kata penguat bebas, iaitu amat,sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan. ii. Ayat yang betul " Pelita minyak tanah itu padam apabila ditiup angin" | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Adakah perkataan "as a result carry over from raw materials or other ingredients" yang diterjemahkan sebagai "berikutan pembawaan masuk daripada bahan mentah atau ramuan lain." dalam ayat di bawah ini tepat. Kami bercadang untuk menterjemahkannya sebagai "disebabkan dibawa masuk bahan mentah atau ramuan lain". Adakah perkataan "daripada" yang ditinggalkan dalam cadangan terjemahan ini dibolehkan. 389.(5) No food additive, other than those specified in column (1) of Table II to the Twenty-first Schedule, shall be present in infant formula as a result of carry over from raw materials or other ingredients. 389.(5) Tiada suatu pun aditif makanan, selain daripada aditif makanan yang dinyatakan dalam ruang (1) Daftar II kepada Jadual Kedua Puluh Satu, boleh didapati dalam rumusan bayi berikutan pembawaan masuk daripada bahan mentah atau ramuan lain. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk ayat “389.(5) No food additive, other than those specified in column (1) of Table II to the Twenty-first Schedule, shall be present in infant formula as a result of carry over from raw materials or other ingredients.” ialah: 389.(5) Tiada bahan tambahan makanan, selain yang dinyatakan dalam lajur (1) Jadual II dalam Daftar Dua Puluh Satu, boleh didapati dalam rumusan bayi berikutan penambahan bahan mentah atau ramuan lain. | Makna | 18.07.2021 |
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan. | 1. Siti meminta bantuan daripada polis. Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan: i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak). ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda. iii. Perbezaan atau perbandingan. 2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. 3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul. 4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta. 5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta. 6. Membuat bayaran 7. Kerusi malas 8. Kerusi bayi | Tatabahasa | 01.09.2021 |