Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt memancarkan: a programme ~ed from the U.S., rancangan yg dipancarkan dr A.S.; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. shine, memancar, bersinar, menyorot: the sun ~s overhead, matahari memancar tegak di atas kepala; 2. smile radiantly, tersenyum berseri-seri: he ~ed with satisfaction, dia tersenyum berseri-seri krn puas; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : off the ~, (lit. & fig.) keluar dr haluan, melencong, menyeleweng, menyimpang, terbabas; on the ~, (lit. & fig), /mengikut, tepat pd/ haluan, tdk /melencong, menyeleweng, terbabas/; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. horizontal structural support, a. (of floor) rasuk; b. (of roof) alang (bumbung); c. (of bridge) galang (jambatan); d. (in ship) pelancar; 2. cylindrical roller in loom, gelendong, kumparan; 3. main timber of plough, kayu /bajak, tenggala/; 4. bar of balance, batang (dacing); 5. breadth of ship, lebar kapal, lebar(nya); 6. ray, column (of light) pancaran, sinaran, sorotan: a ~ of light, pancaran cahaya; to lower the ~ of the headlights, merendahkan pancaran lampu besar (kereta); high ~, /suluh, sinar/ tinggi; /suluh, sinar/ rendah; 7. radio signal, alur radio; 8. radiant smile, senyum(an) yg berseri-seri; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Padanan tractor beam dalam bahasa Melayu.Salam sejahtera,

Tuan,

Tiada padanan bahasa Melayu dalam data kami. Sila beri dalam bentuk ayat untuk kami beri padanan dalam bahasa Melayu.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.02.2018
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Beam Presses 2.Blanking Presses 3.C-frame Presses 4.Clamping Presses 5.Clicker Presses 6.Coining Presses Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu  yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Beam Presses - Penekan Alur
2.Blanking Presses  - Penekan Tebuk
3.C-frame Presses - Penekan Kerangka C
4.Clamping Presses – Penekan Kapit
5.Clicker Presses –Penekan Potong Terap
6.Coining Presses – Penekan Tera

Istilah05.04.2016
Apakah perbezaan rasuk, alang dan galang (untuk rumah)? Apakah istilah 'support beam' dalam bahasa?

Menurut Kamus Seni Bina terbitan DBP tahun 2016, huraian yang berikut diberikan untuk rasuk, alang dan galang:

i.    Rasuk = Struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban khususnya daripada lantai. Rasuk juga boleh dipasang pada bahagian lain seperti dinding dan bumbung.

ii.   Alang = Elemen struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berfungsi untuk menanggung beban khususnya daripada bumbung.

iii.  Galang = Struktur melintang di antara tiang yang berfungsi untuk menyokong beban yang berat bagi sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang. Galang terletak di bawah rasuk dan turut berfungsi untuk mengukuhkan struktur tiang.

Untuk makluman, berdasarkan rekod kami, belum ada Istilah dalam bahasa Melayu untuk support beam. Namun kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk support beam ialah rasuk sokongan.
Istilah01.05.2017

Kembali ke atas