Perkataan “whole” dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan “dalam bentuk asalnya”. Adakah terdapat padanan lain yang lebih sesuai atau jelas untuk menggantikan padanan ini? Fermented soya bean product 221. (1) Fermented soya bean product shall be the soya bean, whole or ground, that have been fermented with harmless microorganism. It may contain other wholesome food. The product shall not be a sauce and includes tauju or sufu, and tauceong or taucu. Produk kacang soya tertapai 221. (1) Hasil Produk kacang soya tertapai hendaklah merupakan kacang soya, dalam bentuk asalnya atau dikisar, yang telah ditapai dengan mikroorganisma tidak berbahaya. Ia boleh mengandungi makanan lain yang selamat dimakan. Hasil Produk tersebut itu tidak boleh menjadi kicap dan termasuklah tauju atau sufu, dan tauceong atau taucu. | Padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.06.2021 |
Salam sejahtera, apakah padanan kata bagi "bean bag"? | Pihak kami mencadangkan padanan kata dalam bahasa Melayu bagi "bean bag" ialah beg kekacang. | Makna | 22.10.2019 |
saya ingin bertanya terjemahan untuk PLANT-BASED MINCED MEAT WITH BEAN PASTE. terima kasih sudi membantu. | Padanan dalam bahasa Melayu ialah Daging kisar berasaskan tumbuhan dengan pes kacang. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.05.2021 |
saya ingin bertanya translation ENG ke BM untuk ayat berikut: 1. plant-based luncheon 2. spicy palnt-based luncheon 3. plant-based minced meat with bean paste terima kasih atas kesudian pihak Tuan untuk membantu. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. plant-based luncheon: hidangan berasaskan tumbuhan 2. spicy plant-based luncheon: hidangan berasaskan tumbuhan berempah 3. plant-based minced meat with bean paste: daging kisar berasaskan tumbuhan dengan pes kacang/ daging kisar organik dengan taucu Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 25.05.2021 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan bagi perkataan "beanbag" yang merupakan tempat duduk empuk yang seperti guni dan berbiji-biji di dalamnya? Terima kasih | Untuk maklum, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk beanbag. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data DBP, terdapat istilah bean-bag dental chair yang padanan bahasa Melayunya ialah kerusi pergigian beg kekacang. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kerusi beg kekacang atau tempat duduk beg kekacang. | Istilah | 12.10.2012 |
Apakah ejaan yang betul untuk taufufah? Contoh: http://www.flickr.com/photos/gulaley/6358111655/ | Untuk makluman, istilah "taufufah" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah taufu yang merupakan padanan bahasa Melayu kepada istilah bahasa Inggeris, soft bean curd. | Istilah | 31.08.2012 |