Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. barang yg dibawa (di atas kuda, keldai, dll) atau dipikul; kuda ~ kuda utk mengangkat beban, kuda muatan; 2. tanggungan (kewajiban) yg berat: dia menjadi ~ kpd kedua-dua orang tuanya; kenaikan harga barang merupakan satu ~ kpd orang ramai; 3. tanggungan drpd kenaikan cukai; ~ berat senggulung batu prb tanggungan yg sangat berat; ~ sudah di pintu prb beban sudah dekat utk dibawa (anak perempuan yg sudah patut dipersuamikan); besar senggulung drpd ~ prb besar belanja drpd pendapatan; ibarat ~ belum lepas dr bahu (kepala) prb belum lepas drpd tanggungan; seberat-berat ~, di atas kepala jua prb betapa pun berat tanggungan harus dipikul sendiri juga (orang lain hanya sekadar membantu); seberat-berat ~, laba jangan ditinggalkan prb walaupun sedang mengerjakan pekerjaan berat tetapi kalau ada jalan keuntungan, jangan dibiarkan lalu saja keuntungan itu; tiada ~ dicari ~, pergi ke pulau batu digalas prb mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri; membebani memberi beban (tanggungan yg berat) kpd, menyebabkan atau membuat seseorang menanggung beban: ~ murid dgn kerja rumah; kebanyakan mereka kini dibebani oleh tugas dan tanggungjawab yg berat;membebankan memberikan beban: tugas yg berat dibebankan kepadanya; kerja yg ~;bebanan beban;pembebanan perbuatan membebani atau membebankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 benda berat yg dibawa ketika berjalan; barang-barang yg diletakkan di belakang kuda dsb: Mana mampu saya membawa ~ sebanyak itu? 2 apa-apa yg mesti ditanggung oleh seseorang; sesuatu yg susah dilakukan: Apabila kita besar kelak, janganlah hendaknya memberatkan ~ kedua-dua orang tua kita. membebani memberi beban (tanggungan dsb) kpd: Janganlah engkau ~ aku lagi dgn masalah yg dpt engkau selesaikan sendiri. membebankan 1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beban

Peribahasa

Tak beban,
     batu digalas.

Bermaksud :

Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada beban dicari [= mencari] beban).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin membuat semakan terjemahan bagi perkataan 'sensory overload', adakah 'beban sensori' atau 'beban deria' yang lebih tepat? Perkataan ini adalah berkaitan dengan autisme. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk sensory overload dalam pangkalan data kami. Istilah bahasa Melayu untuk sensory ialah deria dan istilah untuk overload ialah beban lebih. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk sensory overload ialah beban lebih deria.Istilah19.11.2012
Salam sejahtera, Ayat manakah yang lebih gramatis? 1) Tuas digunakan untuk memperbesarkan daya bagi mengatasi beban yang berat. 2) Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Maksud yang ingin disampaikan kpd pembaca ialah mesin ringkas digunakan untuk menjadikan daya lebih besar supaya daya yang besar ini dapat mengatasi beban yang berat. Sekian, Terima kasih.Yang lebih gramatis ialah Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan.Tatabahasa16.06.2012
Apakah definasi Beban Tugas yang betul

Untuk membantu sdr. menyelesaikan persoalan tersebut, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain25.07.2010
apakah kesalahan ayat ini? Beban ini kami akan tanggung bersama-sama.Beban ini kami akan tanggung bersama-sama. - Tidak ada kesalahan pada ayat iniTatabahasa01.08.2008
Orang ramai disreu supaya menghulurkan bantuan ________ mengurangan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana. Jawapan ialah ' bagi ' Nak tahu sebab kenapa kita tidak boleh guna 'demi'. Ada guru boleh bantu saya memberikan penjelasan? Terima Kasih.Kata sendi nama demi digunakan bagi membawa makna tujuan, seperti "rakyat mesti bersatu padu demi kestabilan negara". Kata sendi nama demi tidak boleh bervariasi dengan bagi. Kata sendi nama bagi (dan untuk) digunakan bagi menunjukkan kegunaan sesuatu seperti dalam contoh ayat tersebut ... Bantuan bagi/untuk mengurangkan beban ....Tatabahasa06.12.2012
loading test for weight holding - Ujian beban untuk penampungan berat adakah penterjemahan BM ini betul?Terjemahan ini betul.T.kasih.Lain-lain16.07.2008
Salam sejahter, Berdasarkan Kamus Dewan, 'mengandar' = membawa barang dengan kandar ( yang tergantung di kedua-dua hujung kayu), memikul, menggalas. Soalan; Adakah memikul dan menggalas juga perlu menggunakan kandar ? Jika membawa beban di bahu tanpa pengandar, apa kata kerjanya ?Merujuk Kamus Dewan memikul bermaksud membawa barang dengan galas di atas bahu, atau mengandar atau menggalas; menggalas bermaksud memikul barang-barang dengan galas (kandar) atau mengandar dan mengandar pula bermaksud membawa barang dengan kandar, atau memikul, atau menggalas. Berdasarkan huraian tersebut ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.

Tatabahasa24.11.2013
apakah kebaikan gotong-royong

Gotong-royong bermaksud sama-sama mengerjakan sesuatu atau saling membantu ketika membuat sesuatu. Sudah tentu banyak kebaikan yang kita dapat apabila sesuatu kerja dilakukan bersama-sama. Kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat lagi, meringankan beban kerja yang berat/banyak, menjana ekonomi lebih luas lagi dll.

Lain-lain19.02.2009
Saya ingin mengetahui istilah statistik yang betul dalam bahasa melayu bagi: 1. Structural Equation Modeling 2. Factor Loading Terima kasih1. pemodelan persamaan struktur. 2.
Angka yang mewakili kemuatan relatif get untuk memacu get-get lain atau beban relatif yang dikemukakan oleh suatu get kepada get yang memacunya.
Istilah26.04.2010
salam tuan. keliru dgn istilah 'menggelecek' atau 'mengelecek'. yg mana yg betul ejaannya. semak kamus, kedua-duanya ada makna dan hampir sama. kata dasarnya gelecek atau kelecek? terima kasih.

Encik Syamsuri,

Kedu-dua perkataan mengelecek(kelecek) dan menggelecek(gelecek) ada dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada makna yang hendak disampaikan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan kelecek  bermaksud : 

 (kelécék); mengelecek (dlm permainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan.

 Makna perkataan gelecek ialah :

  • (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek menggelangsar, menggelincir;
  • tergelecek

    tergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.

 

 

 

Makna02.02.2010

Kembali ke atas