Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebas lah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kerja sama atau kerjasama? "Kerja" dan "sama" dua morfem bebas, kan? Morfem bebas dieja terpisah daripada satu sama lain kerana dapat berdikari dalam ayat. Hanya morfem terikatlah yang dieja rapat, seperti awalan meN- pada kata "membasuh" dan partikel -lah pada kata "berikanlah". Tiadalah alasan untuk D.B.P. membentuk senarai kata majmuk mantap kerana D.B.P. membentuk kata majmuk mantap atas kelaziman masyarakat yang merupakan sikap yang tidak betul kerana kelaziman masyarakat itu, iaitu pengejaan "keretapi", "kerjasama", "matahari" tidak berasaskan tata bahasa bahawa morfem bebas dapat berdikari. Jika pengejaan "kerjasama" yang kelaziman masyarakat kata majmuk mantap, "keretapi" juga kelaziman masyarakat, mengapakah tidak dikira kata majmuk mantap?Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.

Perkataan kereta api dieja terpisah.Tetapi apabila sudah didaftarkan sebelum penyelarasan sistem ejaan baharu, 
Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sama juga dengan situasi nama stesen kereta api di Malaysia.
Lain-lain09.09.2017
Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih.
LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~;

selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu.

Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa.
" Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja. 


Tatabahasa11.09.2012

Kembali ke atas