| Apa kah ejaan untuk perkataan saperti dibawah; 1. Nuget 2. Bebola Ikan 3. Kek Ikan 4. Bebola Daging 5. Bebola Ayam 6. Makanan Sejuk Beku terima kasih, Yusof Muhamd usofmad@gmail.com | Ejaan yang dinyatakan dari nombor 1 hingga 6, betul. | Ejaan | 15.05.2014 |
| Assalamualaikum / salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang perkataan bola bebola. Adakah wujud perkataan ini atau ia wujud dalam 2 perkataan yang berasingan iaitu bola dan bebola? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bola bermaksud benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dalam permainan atau sukan. Bebola bermaksud sesuatu (objek dsb) yang berbentuk bulat seperti bola. Oleh itu, penggunaan bola atau bebola bergantung pada konteks dan konsep istilah tersebut. | Istilah | 02.12.2011 |
| Salam sejahtera tuan, soalan saya ialah: gambar menunjukkan seorang lelaki memang secucuk bebola ikan. Adakah ayat ini betul " seorang lelaki mengambil secucuk bebola ikan sambil berjalan "? Adakah "mengambil" betul digunakan dalam ayat ini. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "seorang lelaki memegang secucuk bebola ikan sambil berjalan." | Tatabahasa | 17.08.2014 |
| Salam sejahtera...saya ingin pertanyaan adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan. | Istilah | 26.09.2025 |
| Salam sejahtera...saya ingin bertanya adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan. | Istilah | 26.09.2025 |
| Apakah terjemahan Snowball sampling? bola salji/bebola salji lebih tepat? Tiada di Carian Kata. | Padanan bagi istilah snowball sampling dalam bahasa Melayu ialah pensampelan bebola salji. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.11.2024 |
| Ingin mendapat nasihat atas jenis perniagaan yang paling sesuai untuk dipaparkan atas iklan kilang memproses makanan. Kilang ini akan memproses bebola ubi kayu untuk air teh (bubble tea). Permohonan pengesahan iklan telah ditolak sebelum ini oleh pihak DBP. | Cadangan kami: KILANG MEMPROSES MAKANAN | Lain-lain | 25.02.2020 |
| Apakah perkataan terjemahan bagi permainan 'Zorbing' dan 'paintball'? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "zorbing" ialah luncur glob dan "paintball" ialah tembak bebola cat . | Istilah | 08.03.2016 |
| Apakah Istilah yg sesuai untuk "Ball of foot"? iaitu suatu bahagian pada tapak kaki. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah ball of foot ialah bebola kaki. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 24.05.2023 |
| Apakah maksud “pepasu”? Saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam kamus. | Salam sejahtera, Kata pepasu tergolong dalam kata ganda separa, iaitu kata ganda yang hanya mengulangi suku kata pertama kata dasarnya, biasanya terdapat perubahan vokal, dan lazimnya. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa yang lain ialah kekisi, lelayang, bebutang, pepasu, tetikus, tetupai, jejari, kekuda, pepatung dan bebola. Kata ganda separa ada yang membawa maksud tunggal, misalnya tetamu, kekuda, tetikus, dan ada yang membawa maksud jamak, misalnya pepohon dan dedaun. Hasil carian dalam Internet, terdapat beberapa contoh penggunaan pepasu namun kekerapan penggunaannya agak rendah. Antara contoh penggunaannya: 1. Bila dah kahwin ni tak larat nak angkat pepasu tu semua pindah ke rumah mak mertua... 2. Biar dia letak pepasu itu kat rumah dia. 3. Pepasu banyak itu hari... tinggal hat nie jaa... Berdasarkan beberapa contoh tersebut, pepasu boleh diandaikan membawa maksud jamak, iaitu pelbagai jenis pasu atau banyak pasu. Sekian, terima kasih. | Makna | 19.01.2025 |