Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bécak) 1. berlumpur, lecah: padang agak licin dan ~ kerana hujan sejak beberapa hari; tidak hujan lagi ~, inikan pula hujan prb semasa senang sahaja sudah susah, apa lagi semasa susah; 2. tanah lembut yg berair, lumpur, selut: mereka sanggup berkorban apa saja walaupun terpaksa meredah ~ dan menghidu bau busuk di kawasan itu; penduduk terpaksa berjalan kaki menyusur likuliku jalan yg dilitupi ~ dan lopak; membecakkan mengotori dgn lumpur, melecahkan: hujan lebat ~ jalan tanah merah di situ. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. bintik, rintik, kurik; 2. kotoran;berbecak-becak 1. berbintik-bintik, berintik-rintik, berkurik-kurik: bajunya ~; 2. kotor: seluarnya ~ kena lumpur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /bécak/ berair serta berlumpur; lecak: Ali melangkah dgn hati-hati supaya tidak terpijak tanah yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata becak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: Saya tidak dapat menjalani latihan pada petang semalam sebab keadaan padang yang becak.Ayat yang lebih tepat ialah "Saya tidak dapat menjalani latihan pada petang semalam kerana keadaan padang yang becak."Tatabahasa12.06.2013
Pertandingan bola baling itu terpaksa _____ pada hari sabtu kerana padang becak a) dilanjutkan b) ditangguhkan c) direhatkan d) ditundakan dalam kamus, tunda dan tangguh mempunyai maksud yang sama. tetapi jawapan dalam buku (B)Pertandingan bola baling itu terpaksa ditangguhkan pada hari sabtu kerana padang becak. Tunda juga bermaksud tangguh tetapi dikelaskan sebagai bahasa percakapan yang bermaksud tangguh, oleh itu untuk bentuk rasmi ditangguhkan merupakan jawapan yang paling sesuai.Tatabahasa02.08.2008
Apakah makna sinonim dengan lecak?Lecak bermaksud becak, iaitu tanah yang berair dan berlumpur.Makna21.09.2011

Kembali ke atas