Salam sejahtera, Jawapan terdahulu DBP menyatakan 'bedah' itu merupakan antaranya kata kerja. Sekiranya ditaip 'bedah' pada ruang carian PRPM, di bahagian Tesaurus, 'bedah' ditakrifkan sebagai Kata Terbitan pula. Soalan saya: Apakah kelas kata yang utama bagi perkataan bedah? Contohnya dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, jelas dapat dilihat 'bedah' mempunyai 2 entri. Entri pertama menyatakan 'bedah' ialah kata nama, kemudian kata terbitan lain mempunyai kelas kata yang lain ('membedah' = kata kerja, dsb.). Entri kedua menyatakan 'bedah' ialah penggunaan bahasa Jawa dan maklumat selanjutnya diberikan. Dalam ertikata lain, sekiranya saya ditanya oleh penutur Cina yang ingin belajar bahasa Melayu apakah kelas kata bagi perkataan 'bedah', apakah jawapan saya pada beliau? Penjelasan dari pihak DBP amat dihargai. Terima kasih. | Istilah lazimnya dalam bentuk kata nama seperti "bedah", iaitu kata tunggal (tanpa imbuhan) yang merupakan salah satu bentuk istilah. Pada ruangan tesaurus di PRPM, kata bedah dinyatakan sebagai kata tunggal, manakala di bawahnya ialah bentuk terbitan, iaitu membedah, pembedahan dll. Kata terbitan perlu ada imbuhan, oleh itu bedah bukan kata terbitan dan dalam konteks istilah ia menjadi kata nama dan istilah bagi bidang perubatan. Untuk penerangan umum, kata bedah ialah kata tunggal yang membawa maksud cara menyembuhkan penyakit dengan cara memotong dll. (rujuk makna kamus atau PRPM). Apabila diberikan imbuhan "me" menjadi kata kerja, iaitu membedah yang juga kata terbitan. | Istilah | 08.02.2012 |
Salam sejahtera, 'Surgery' vs 'Pembedahan' vs 'Bedah': Laman web Hospital UKM mempunyai "Department of Oral and Maxillofacial Surgery" yang dalam versi Bahasa Melayu ditulis sebagai: 'Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial'. Kamus Istilah Malaysia pula menyatakan "Vascular Surgery" sebagai 'Pembedahan Vaskular", tetapi "Transplantation Surgery" sebagai "Bedah Transplantasi". Manakala Kamus Inggeris-Melayu Dewan menyatakan "Thoracic Surgery" adalah 'Pembedahan Torasik', tetapi Kamus Istilah Malaysia menyatakannya sebagai 'Bedah Toraks'. Soalan saya: Menurut rumus/kaedah/cara DBP, bila boleh saya menggunakan 'surgery' (BI) sebagai (a) pembedahan, dan (b) bedah? Adakah mengikut konteks (apakah konteks tersebut)? 2) Antara 'pembedahan torasik' dan 'bedah toraks', adakah kedua-dua ini betul dan boleh digunakan? Sekiranya kedua2nya betul, apakah rasionalnya? 3)Dalam konteks 'pembedahan mulut', adakah 'pembedahan' kelas kata nama? Manakala dalam 'bedah mulut', adakah 'bedah' itu kelasnya kata kerja? Khidmat nasihat dari pihak DBP terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih. | Menurut istilah perubatan, surgery diberi padanan sebagai pembedahan atau bedah/surgeri bergantung pada konteks dan penggunaan yang bersesuaian. Selain sebagai kata kerja, kata bedah boleh menjadi kata nama apabila bergabung dengan kata lain yang membentuk kata nama mengikut konteks penggunaan, misalnya bedah torasik atau pakar bedah saraf (neurosurgeon). | Istilah | 03.02.2012 |
Salam sejahtera, Saya rujuk: Selain sebagai kata kerja, kata bedah boleh menjadi kata nama apabila bergabung dengan kata lain yang membentuk kata nama mengikut konteks penggunaan, misalnya bedah torasik atau pakar bedah saraf (neurosurgeon). Adakah penggunaan 'bedah' sebagai kata nama bila digabungkan dengan kata lain boleh dinyatakan sebagai contoh kejadian 'conversion' dalam tatabahasa B.Melayu? ( http://en.wikipedia.org/wiki/Conversion_%28linguistics%29). Terima kasih atas penjelasan saudara. | Bedah toraks (thoracic surgery) ialah istilah perubatan dan biologi, termasuk istilah MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia). Menurut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, dari aspek tatabahasa peristilahan, istilah boleh dibentuk dengan menggunakan kata tunggal (tanpa imbuhan), kata terbitan, kata ganda, dan bentuk gabungan. Pembentukan sesuatu istilah juga bergantung pada konsep bidang berkenaan dan hasil perbincangan sesama pakar bidang tersebut. | Istilah | 07.02.2012 |
padanan istilah Melayu untuk istilah Inggeris 'staff surgeon' | Sdr. Nordin, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Istilah bagi staff surgeon ialah staf pakar bedah atau kakitangan pakar bedah. Terima kasih. | Istilah | 29.06.2009 |
pakar bedah mayat dalam bahasa inggeris | Sekiranya diterjemahkan secara literal "outpsy" (autopsi) Pemeriksaan organ dan tisu mayat untuk menentukan sebab kematian atau keadaan patologi. Manakala pakar bedah dalam bahasa Inggeris ialah "surgeon". Manakala kata Forensic (forensik) pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (misalnya, utk menentukan punca sesuatu kematian). Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03-41497210. | Istilah | 01.03.2009 |
Salam 1Malaysia, Apakah istilah yang sesuai untuk post mortem ujian dan peperiksaan dalam bahasa Melayu? Istilah bedah siasat tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Terima kasih. | Post mortem selalu digunakan bagi tujuan untuk melihat sama ada sesuatu projek itu telah mendapat kejayaan atau sebaliknya. Dalam konteks ujian dan peperiksaan bahasa Melayu, kami cadangkan pascanilai, contohnya pascanilai projek A. | Makna | 09.11.2009 |
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan terdahulu. Lalu, jawapan untuk soalan no. 2 saya ialah...?: 2) Antara 'pembedahan torasik' (dalam Kamus Inggeris-Melayu untuk 'thoracic surgery') dan 'bedah toraks' (dalam Kamus Istilah untuk 'thoracic surgery'), adakah kedua-dua ini betul dan boleh digunakan? Sekiranya kedua2nya betul, apakah rasionalnya? Bolehkah saya nyatakan sebagai tiada perbezaan, kedua-duanya betul, dan hanya beza takrifan kamus? Mohon penjelasan lanjut. Terima kasih. | Kedua-dua istilah tersebut sama, cuma berbeza dari segi pembentukan kata. | Istilah | 07.02.2012 |
SALAM,SAYA PERLU MEMBUAT CARIAN BAGAIMANA TEATER BOLEH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.MUNGKIN PIHAK DBP BOLEH MEMBANTU DENGAN MEMBERI MAKLUMAT TENTANG DEFINISI TEATER MENURUT KAMUS DEWAN TERIMA KASIH. | Saudara, Yang berikut ialah makna teater seperti yang dimohon. i. Kamus Dewan Edisi Keempat 1. bangunan yg di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkembangan ~; ii. Kamus Inggeris Melayu Dewan 1. building for performance of plays, operas, etc, teater, panggung: the town has a small ~, di pekan itu ada sebuah teater kecil; we arrived late at the ~, kami sampai lewat di panggung itu; 2. hall, room used for lectures etc, dewan: lecture ~, dewan kuliah; 3. also operating theatre bilik bedah; 4. theatrical activities generally, bidang teater: she has been working in the ~ for years, sudah bertahun-tahun dia bekerja dlm bidang teater; 5. art of presentation, performance of plays, (seni) teater: a book about ancient Greek ~, buku ttg teater Yunani kuno; 6. arena, kancah, medan: the Middle East remains the ~ of war, Timur Tengah terus menjadi kancah peperangan; 7. (US & Austral) cinema, panggung wayang, pawagam. | Makna | 07.09.2009 |