Minta tanya apakah bacaan e bagi perkataan ledak? Terima kasih:) | Ledak - e pepet sama seperti sebutan e dalam bedak. | Tatabahasa | 08.09.2013 |
minta tanya apakah bacaan e dalam perkataan ledak? E taling atau e pepet? | Ledak - e pepet sama seperti sebutan e dalam bedak. | Tatabahasa | 08.09.2013 |
apakah maksud gerah rangdu dalam hikayat indera nata? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, gerah sama maksud dengan panas, manakala perkataan rangdu tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, setelah merujuk pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, istilah rangdu ialah istilah sastera Melayu klasik yang tidak digunakan lagi dan hanya digunakan zaman tersebut. Rangdu ialah bahan yang berupa seperti bedak atau mekap untuk mengubah wajah seseorang. Saudara boleh menghubungi pegawai kami melalui e-mel ,saif@dbp.gov.my untuk lebih lanjut. | Makna | 09.07.2013 |
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM. | Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya. Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi. | Makna | 02.02.2010 |
Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan berikut: 1) pemeleh Contoh ayat: Biasanya rumah jenis ini mempunyai dua pemeleh yang besar. 2) peleh Contoh ayat: Dikenali dengan nama rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam. setelah dirujuk dalam kamus dewan yang terbaru, tidak terdapat maksud perkataan tersebut, saya juga merujuk melalui carian kata di laman web ini. Sila bantu saya. Terima kasih | Memang tidak terdapat kata pemeleh dalam KD terbaharu. Namun begitu perkataan peleh terdapat dalam KD dengan membawa maksud menyapu bedak ke muka. Tetapi kami beranggapan, maksud tersebut bukanlah pengertian sebenar yg sdr kehendaki. Namun begitu terdapat satu perkataan lain dalam KD iaitu pilar yg bermaksud tiang tegak yg diperbuat drpd batu dll, digunakan sbg penyokong hiasan dsb. Mungkin juga perkataan pemeleh itu bukanlah dalam sebutan baku, tetapi dalam sebutan dialek negeri tertentu. Kami berkeyakinan perkataan pilar itulah yg sdr cari. T.kasih. | Lain-lain | 03.09.2008 |