Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bedak bedak

Puisi
 

Apa merah dalam padi,
     Buah ciku dengan bedak;
Apa dimarah pada kami,
     Sekali marah sekali tidak.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(a) ...membuat perancangan "berkaitan" strategi syarikat. (b) ...membuat perancangan "yang berkaitan dengan" strategi syarikat. Ayat (a) atau (b) yang betul?Frasa yang betul ialah "membuat perancangan berkaitan strategi syarikat".Tatabahasa21.07.2016
Salam sejahtera tuan. Saya ada persoalan. Bedak sejuk memutihi/memutihkan muka anak kecilnya setiap malam. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Bedak sejuk memutihkan muka anak kecilnya setiap malam.Tatabahasa20.10.2021
Salam sejahtera tuan. Saya ada persoalan. Bedak sejuk memutihkan muka anak kecilnya setiap malam. Adakah memutihkan betul? Terima kasih.

Bedak sejuk memutihkan muka anak kecilnya setiap malam. Penggunaan kata "memutihkan” dalam ayat ini betul.

Tatabahasa08.11.2021
Salam sejahtera. Is "Skin Protectant Powder" to be translated to Bahasa Malaysia as "Bedak Pelindung Kulit"? Sekian, terima kasih.Betul. "Skin Protectant Powder" diterjemahkan dalam bahasa Melayu menjadi "Bedak Pelindung Kulit". Makna26.06.2024
Bagaimana translate "Refreshing Grape", "Fizzy Lemonade", "Crimson Berry" and "Smoothie Cherry" kepada BM ?Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila buat carian perkataan melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) https://prpm.dbp.gov.my/ atau hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Makna23.02.2024
Minta tanya apakah bacaan e bagi perkataan koster? Terima kasih:)Tidak ada perkataan koster dalam pangkalan data kami. Berdasarkan pola keselarasan vokal, pasangan 0 - e taling seperti boleh. Walau bagaimanapun jika koster ialah terjemahan daripada bahasa Inggeris sebutannya tidak terikat kepada pola keselarasan vokal.Tatabahasa08.09.2013
minta tanya apakah bacaan e dalam perkataan selop? E taling atau e pepet?Selop - e taling seperti telor (tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul) berdasarkan pola kesalarasan vokal.Tatabahasa08.09.2013
Apa khabar tuan/puan? Saya ingin mendapat penjelasan istilah Bahasa Melayu bagi perkataan "illuminating powder" dalam konteks produk alat solek. Sekian, terima kasih.
Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “illuminating powder”. Walau bagaimanapun, terdapat istilah “talcum powder” yang dipadankan sebagai bedak talkum. Oleh itu, cadangan kami bagi istilah “illuminating powder ” ialah bedak seri.
Istilah20.05.2019
SAYA INGIN MENDAPATKAN PENGESAHAN PENGGUNAAN BAHASA BAGI VISUAL IKLAN DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. BERIKUT ADALAH DIANTARA PILIHAN 1 & 2: A) SPEKTRUM INTERNATIONAL ACADEMY B) AVERROES ACADEMY DIMILIKI OLEH: SPEKTRUM IT VISION TRAINING & CONSULTANCY SDN BHD (1001737-A) www.spektrumholdings.comUntuk pengesahan visual iklan, tuan perlu melampirkan visual iklan tersebut dalam bentuk jpeg atau gif. Iklan tersebut juga perlu mempunyai keterangan aktiviti dalam Melayu di bahagian atas. Contohnya: PEJABAT URUSAN.  Untuk tujuan pengesahan iklan ini, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Sistem ini untuk khidmat nasihat bahasa sahaja dan tidak dapat mengeluarkan sijil pengesahan bahasa untuk iklan.Lain-lain10.07.2013
Mereka yang keletihan biasanya didapati gagal memberikan tumpuan ___________ pemanduan. A. kepada B. padaJawapan yang betul ialah B. pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274, Kata sendi nama "pada".  Tatabahasa03.02.2010
12

Kembali ke atas