| Apa terjemahan "dry-aged beef"? | Cadangan padanan bagi istilah dry-aged beef dalam bahasa Melayu ialah daging lembu penuaan kering. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 17.11.2024 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Beef Cattle Head Bails'? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangakan untuk Beef Cattle Head Bail" ialah Kurungan Penahan Kepala Lembu Daging. | Istilah | 10.03.2016 |
| tolong menterjemahkan ke bahasa malaysia 1)hydrolyzed gelatin 2)dietary fibre 3)contains edible gelatin from beef which derive only from cattle. 4)contains edible gelatin from beef | 1. gelatin terhidrolisis 2. serabut diet 3. mengandungi gelatin boleh dimakan daripada daging lembu 4. mengandungi gelatin boleh dimakan daripada daging lembu | Lain-lain | 18.01.2008 |
| Saya ingin minta pertolongan untuk menterjemahkan "Beef Blood Cubes". Terima kasih | Istilah Beef Blood Cubes tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila hubungi kami semula dan terangkan konsep istilah berkenaan dan konteks penggunaannya untuk kami cari padanan yang sesuai bagi istilah tersebut. | Lain-lain | 31.12.2010 |
| Bolehkan perkataan "patti" digunakan dalam Bahasa Malaysia untuk "patty" dalam Bahasa Inggeris? Di laman Istilah Malaysia, istilah "patti daging lembu" digunakan untuk "beef patty". Namun begitu, tiada perkataan "patti" disenaraikan dalam Kamus Dewan Edisi 4. Terima kasih. | Perkataan patti dan patti daging lembu adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 04.01.2017 |